Jo In-sung dan Han Hyo-joo tidak dinafikan mempunyai keserasian yang hebat dalam “Moving”.
Baru-baru ini, Jo In-sung dan Han Hyo-joo telah muncul dalam video temu bual bersama majalah Harper’s Bazaar, di mana mereka ada bercakap tentang drama “Moving”.
Khususnya, ketika ditanya mengenai detik yang tidak dapat dilupakan ketika penggambaran, Han Hyo-joo menjawab ketika mereka menghabiskan musim cuti di set.
Adegan kami termasuk adegan ciuman kami berdua dijadualkan pada malam tahun baru dan awal Januari. Saya tertanya-tanya sama ada itu disengajakan.
Kemudian, pengarah drama itu yang turut berada di situ memberitahu sebabnya,
Sebab kamu berdua bujang!
Selepas mendengar jawapan yang tidak dijangka itu, Jo In-sung dan Han Hyo-joo terus ketawa terbahak-bahak.
Mana tau ada jodoh sekali kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.