Mesti ramai kan yang tengah layan drama “Moving” sekarang?
Baru-baru ini, Lee Jung-ha yang memainkan watak Kim Bong-seok dalam drama itu telah terlibat dengan satu temu bual, di mana dia ada meluahkan rasa kecewanya dek tidak dikenali orang kerana perubahan drastik dalam penampilannya.
Rakan kakak saya berkata dia suka ‘Moving’ jadi saya memberitahunya bahawa saya berlakon dalam cerita itu tetapi dia tak percaya.
Jelas pelakon lelaki itu lagi,
Saya mahu dikenali sebagai watak dari drama itu tetapi ia mengecewakan walaupun saya berkata saya Bong-seok, mereka tidak akan percaya saya.
Untuk pengetahuan, Lee Jung-ha telah menambah 30KG berat badan untuk menghidupkan wataknya sebagai Kim Bong-seok. Oleh itu, ramai yang tidak ‘cam’ wajahnya selepas berjaya menurunkan kembali berat badannya seperti biasa.
Bagaimanapun, apabila orang sekelilingnya memberi cadangan agar dia menambah berat badan seperti wataknya itu, Lee Jung-ha akui,
Saya berasa gembira kerana nampaknya mereka menghargai cara saya menggambarkan Bong-seok.
Comel sangat Lee Jung-ha dalam drama ni!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.