Ikuti Kami:

“Tak Tahu Dia Selebriti” – Foto Taecyeon ‘Melamar’ Kekasih Tahun Lalu Tular, Syarikat Fotografi Minta Maaf

“Tak Tahu Dia Selebriti” – Foto Taecyeon ‘Melamar’ Kekasih Tahun Lalu Tular, Syarikat Fotografi Minta Maaf

Kelmarin, ramai terkejut melihat foto intim Taecyeon dna kekasihnya di Paris.

Terbaru, syarikat yang mengambil foto pasangan itu telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf, menyatakan bahawa mereka tidak berniat untuk mendedahkan kehidupan peribadi Taecyeon.

Kami adalah syarikat fotografi yang mengambil gambar di Paris pada April 2024. Kami tidak tahu siapa mereka ketika sesi berlangsung, dan tidak berniat untuk mendedahkan kehidupan peribadi mereka. Kami tidak tahu bahawa mereka adalah selebriti sehingga semalam.

Mereka menambah bahawa Taecyeon dan teman wanitanya membuat tempahan sebagai pelanggan biasa tanpa sebarang permintaan untuk tidak mendedahkan foto mereka. Pihak mereka juga menjelaskan bahawa foto-foto tersebut mula dipaparkan sejak April tahun lalu tanpa menyebut nama mereka.

taecyeon 2pm

Syarikat tersebut menyatakan bahawa mereka telah meminta maaf kepada Taecyeon dan teman wanitanya, dan juga memohon maaf secara terbuka kepada umum,

Kami tidak pernah berniat untuk mendedahkan wajah mereka. Setelah menyedari apa yang berlaku, kami segera menurunkan foto tersebut, tetapi ia telah dikongsi oleh ramai orang. Kami tidak pernah menghantar foto ini kepada sesiapa dan tidak akan melakukannya.

Benda dah nak jadi kan..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Herald POP

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...