Ikuti Kami:

“Tiada Rancangan Pun..” – Foto ‘Melamar’ Di Paris Tular, Taecyeon 2PM Nafi Bakal Kahwini Kekasih

“Tiada Rancangan Pun..” – Foto ‘Melamar’ Di Paris Tular, Taecyeon 2PM Nafi Bakal Kahwini Kekasih

Dah 5 tahun bercinta, Taec-yeon dan kekasihnya mestilah ada memikirkan tentang perkahwinan kan?

Terbaru, dunia hiburan telah dikejutkan dengan berita pertunangan antara Taec-yeon dan teman wanitanya.

Khususnya, foto lelaki itu yang dipercayai sedang melamar kekasihnya di Paris telah tular di media sosial, meraih perhatian ramai.

Selepas pelbagai dakwaan dibuat, agensi Taec-yeon akhirnya tampil memberi respon dengan menjelaskan,

Berita tentang perkahwinan itu tidak benar. Dia hanya mengambil gambar untuk meraikan hari jadi teman wanitanya. Kami juga kesal apabila gambar itu telah didedahkan kerana kekasihnya bukan selebriti.

taecyeon

Sambung agensi,

Dia dan teman wanitanya masih bercinta seperti biasa dan walaupun mereka mungkin akan berkahwin apabila tiba masanya, mereka tidak mempunyai rancangan untuk segera berkahwin.

Lahh sambut hari jadi rupanya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily  untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   News 1

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...