Ikuti Kami:

“Tak Suka Endingnya” – Min Woohyuk Akui Tak Mahu Rakam Kesudahan ‘Doctor Cha’

“Tak Suka Endingnya” – Min Woohyuk Akui Tak Mahu Rakam Kesudahan ‘Doctor Cha’

Ramai katanya masih belum ‘move on’ dengan kesudahan drama “Doctor Cha”?

Walaupun menerima respon hangat dari penonton, namun rata-ratanya meluahkan kekecewaan kerana tiada hubungan romantik yang terjalin di akhirnya kerana Cha Jung-suk memilih untuk mengejar impiannya sendiri.

Antara watak kesukaan ramai ialah Roy Kim, lakonan Min Woo-hyuk di mana dia merupakan seorang doktor senior yang mengejar cinta Cha Jung-suk dan sentiasa menyokong pilihan wanita itu.

min woohyuk

Di penghujungnya, lelaki itu menjumpai cinta baru dan sentiasa bercerita mengenai perihal romantiknya pada Cha Jung-suk semasa mendapatkan rawatan.

Dalam sebuah temubual rasmi, Min Woo-hyuk meluahkan bahawa dia tidak menyukai ending berkenaan,

Saya bencikannya! Apabila pengarah menyelesaikan suntingan terakhir episod ke-16, dia meluahkan perasaan kasihan pada Roy.

Jelasnya lagi mengenai babak di mana dia berjumpa wanita lain tiga tahun kemudian,

Sejujurnya, saya tidak mahu merakamkannya.

min woohyuk

Ulas lelaki tampan itu mengenai respon penonton pula,

Saya tak mahu menjangkakan apa-apa reaksi spesifik. Saya mahu semua orang gembira menontonnya sahaja.

Apa kata korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...