Ikuti Kami:

Kecewa Lihat Ending Meski Raih Rating Tertinggi, Penonton Mahu Musim Kedua ‘Doctor Cha’?

Kecewa Lihat Ending Meski Raih Rating Tertinggi, Penonton Mahu Musim Kedua ‘Doctor Cha’?

Setelah sekian lama memainkan perasaan perasaan penonton, akhrinya “Doctor Cha” melabuhkan tirainya kelmarin.

Meski menerima jangkaan ramai, namun seperti drama JTBC itu berkahir dengan respon pra-kontra dari penonton yang mengharapkan sesuatu lebih memberikan impak.

Dalam episod terakhir ini, Cha Jung-suk (Uhm Jung-hwa) akhirnya menjalani pembedahan pemindahan hati dan menceraikan Seo In-ho (Kim Byung-chul). Bekas suaminya itu kemudian menjadi pengarah hospital manakala wanita tersebut menolak pengakuan cinta Roy Kim (Min Woo-hyuk) dan memilih untuk menjalani kehidupannya dengan sendiri.

Bagi perempuan kedua iaitu Choi Seung-hee (Myung Se-bin) pula, meskipun mengetahui tentang penceraian lelaki yang dicintainya namun wanita itu memilih untuk membuka pusat rawatan sendiri dan tidak berpaling pada masa lalu.

ending doctor cha Komen penonton yang tidak mengharapkan kesudahan sebegitu,

Saya puas hati dengan ending ini kerana Jung-sook bahagia.

 

Endingnya biasa-biasa sahaja. Mereka tidak menjelaskan lebih mengenai kecurangan itu langsung.

 

Semuanya okay kecuali kisah kecurangan itu.

 

Saya sukakan drama yang menggalakkan kebaikan dan menghukum yang jahat, namun saya gembira kerana Jung-sook boleh berdiri sendiri.

 

Tak apa jikalau awak tak mengharapkan kisah cinta baru.

 

Ruginya, saya berharap agar pasangan curang itu mendapat balasan.

 

Saya tak suka ending ini. Saya merasakan ia kesudahan bahagia buat pasangan curang itu.

ending doctor cha

Dalam pada itu, rating episod akhir “Doctor Cha” mencapai angka tertinggi sepanjang tayangan iaitu 18.8%. Bukan itu sahaja, terdapat juga peminat yang meminta supaya siri ini disambung hingga ke musim kedua bagi melihat perkembangan kehidupan Cha Jung-suk.

Bukan mudah nak puaskan hati semua kan? Korang rasa macam mana?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...