Ikuti Kami:

Popular Dek ‘Doctor Cha’, Netizen Selongkar Identiti Isteri Min Woohyuk

Popular Dek ‘Doctor Cha’, Netizen Selongkar Identiti Isteri Min Woohyuk

Sejak berlakon “Doctor Cha”, nama pelakon Min Woo-hyuk terus meniti di peminat K-Drama sebagai ‘oppa kesayangan’ mereka kini.

Berdiri di ketinggian 187cm dengan bahu yang lebar, kehidupan peribadi pelakon yang sudah lebih 11 tahun berkecimpung dalam industri seni ini menjadi perhatain ramai sekarang.

Tapi ramai yang patah hati apabila mengetahui bahawa Min Woo-hyuk sebenarnya sudah pun berkahwin pada 2012 dan memiliki sepasang cahaya mata. Isterinya iaitu Lee Se-mi sebenarnya merupakan ahli kumpulan idola LPG yang debut pada 2005 sebelum memulakan karier sebagai hos saluran beli-belah.

min woohyuk

Bukan itu sahaja, lelaki itu turut memiliki sejarah latar belakang yang menarik kerana pernah aktif sebagai pemain besbol profesional untuk LG Twins dahulu. Pun begitu, dia bersara selepas 6 bulan kerana mengalami kecederaan serius.

Dalam pada itu, dia memiliki dua cahaya mata seorang lelaki Park Yi-deun (8 tahun) dan Park Yi-eum (3 tahun).

min woohyuk lee semi

Kalau korang nak tahu, Mon Woo-hyuk juga pernah muncul dalam beberapa drama lain seperti “If You Wish Upon Me”, “Love With Flaws”, “The Third Charm” dan banyak lagi termasuk muzikal seperti “Sandglass” dan “Crash Landing On You”.

Tak apa, boleh buat cuci mata..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...