Ikuti Kami:

Tinggal 2 Episod Lagi, Plot ‘Doctor Cha’ Dikritik Slow & Lari Dari Tujuan Asal?

Tinggal 2 Episod Lagi, Plot ‘Doctor Cha’ Dikritik Slow & Lari Dari Tujuan Asal?

Biasalah bila drama best kan, mesti ada sahaja yang tak kena pada mata segelintir penonton.

Terbaru, “Doctor Cha” sekali lagi terpalit dengan kritikan penonton meskipun hanya tinggal 2 episod sahaja lagi sebelum menamatkan siaran.

Dalam episod ke-14, Cha Jung-suk (Uhm Jung-hwa) yang memilih kebahagiaan sendiri telah menfailkan penceraian. Dalam pada itu, dia tetap tekun dengan tugas di hospital sehingga dipilih sebagao ‘Residen Terbaik Bulan Ini’. Namun episod tersebut berakhir dengan babak yang menyesakkan apabila wanita itu tiba-tiba batuk berdarah menandakan keadaan kesihatan yang semakin memburuk.

Dalam teaser akan datang, Cha Jung-sook dilihat mengemas barangan dan sepertinya mahu berhenti daripada mengejar impian sebagai doktor. Malah kedua-dua lelaki di dalam klip itu iaitu Min Woo-hyuk (Roy Kim) dan Kim Byung-chul (Seo In-ho) dilihat berebut bagi memberikan separuh hati mereka buat wanita itu.

jtbc doctor cha

Komen penonton meluahkan rasa kecewa,

Kami tak sabar menanti episod minggu ini, tapi plotnya seperti berputar-putar untuk dua episod ini.

Bukan itu sahaja, ramai yang terkesima melihat kedua-dua lelaki itu bersikap seperti keanak-anakan meskipun Cha Jung-suk sedang bergelut dengan penceraian dan juga sakitnya.

Kata penonton, mereka asalnya terpaut dengan “Doctor Cha” kerana seronok melihat pengembaraan Cha Jung-suk bagi mengejar impian di pertengahan usia. Jadi, rata-rata berharap agar drama ini kembali ke lumrah asalnya iaitu kuasa wanita melawan norma masyarakat.

Korang rasa?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...