Ikuti Kami:

“Tak Siapa Hiraukan Dia..” – Song Jihyo Kelihatan Sakit Dalam Episod Terbaru ‘Running Man’?

“Tak Siapa Hiraukan Dia..” – Song Jihyo Kelihatan Sakit Dalam Episod Terbaru ‘Running Man’?

Sudah 13 tahun aktif sebagai ahli “Running Man”, pastinya penonton akan perasan sekiranya ada perubahan reaksi pada setiap ahli.

Dalam episod terbaru program SBS itu, kesemua ahli termasuk tetamu iaitu V BTS telah bermain permainan di mana mereka perlu melepasi rintangan di atas lantai licin. Dalam salah satu pusingan, Song Ji-hyo perlu berlawan dengan ahli lelaki lain seperti Kim Jong-kook, Yoo Jae-suk, Yang Se-chan dan lain-lain.

Walau bagaimanapun, ramai perasan yang Song Ji-hyo kelihatan sedikit sakit selepas bergelut dengan ahli lelaki. Bukan sahaja ditarik dan ditolak, malah dia dilihat berlanggar sedikit dengan dinding permainan itu.

Kata penonton, mereka perasan yang lain kelihatan lebih memberikan fokus kepada Yoo Jae-suk dan bukannya wanita tersebut yang dilihat memegang perut selepas permainan tersebut.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...