Meskipun baru 4 episod ditayangkan, “Why Her?” telah pun berjaya merebut hati peminat K-Drama kini.
Untuk pengetahuan, drama SBS ini ialah sebuah drama menceritakan mengenai seorang wanita yang melakukan kesilapan dalam hidup dan mencapai kejayaan dengan cara yang salah. Selepas dia jatuh cinta dengan seorang lelaki muda, dia mula mengubah jalan hidupnya dan belajar cara sebenar untuk mencintai dirinya.
Antara sebab drama ini diterima ramai ialah kerana jalan ceritanya yang mendebarkan selain lakonan memukau Seo Hyun-jin sebagai Oh Soo-jae, seorang profesor dan peguam yang dalam misi membongkarkan kebenaran di sebalik satu kematian.
Walau bagaimanapun, momentum baik “Why Her?” sedikit tercalar apabila rata-rata penonton mempertikaikan perbezaan kualiti lakonan yang ditampilkan Hwang In-yeop sebagai pelajar universiti bernama Gong Chan di samping Seo Hyun-jin.
Kata penonton, lakonan lelaki itu kelihatan kekok dan kaku jikalau dibandingkan dengan teraju wanitanya memandangkan Seo Hyun-jin yang sering menerima pujian atas lakonan hebatnya.
Bukankah pekerjaan asalnya ialah seorang pelakon? Macam mana Seo Hyun-jin yang merupakan seorang bekas idola boleh berlakon lebih baik darinya?
Saya seronok menonton ‘Why Her?’ pada awalnya, tapi sebabkan hero, saya tak mampu menontonnya kini. Haaa bukan sahaja lakonan tapi visual juga ada kekurangan…
SBS kalau ada maruah, tolong berikan ‘Anugerah Utama’ buat Seo Hyun-jin.
Rugi betul buat Seo Hyun-jin..
‘Why Her?’ sebenarnya tak perlukan plot cinta pun..
Apa pendapat korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.