Semua pasti bersetuju “Why Her?” merupakan antara drama Korea yang paling mendapat perhatian ramai kini.
Terbaru, Seo Hyun-jin menerima pujian ramai kerana dilihat berlatih tulisan tangan yang baru bagi memadankan dengan watak profesor jurusan undang-undang yang tegas.
Malah wanita itu tidak segan untuk berkongsi pendapat bersama pihak produksi bagi ‘menyempurnakan’ tulisan tangan yang sesuai digunakan oleh Oh Soo-jae. Huruf yang menjadi perdebatan hebat mereka ialah ‘ㅃ’.
Semasa sedang berlatih, seorang staf menyatakan bahawa cara tulisan huruf itu terlalu comel lantas Seo Hyun-jin melawan dengan nada manja dan mengatakan bahawa ada staf lain yang menyuruhnya menulis begitu.
Apabila dibetulkan, Seo Hyun-jin memulakan penggambaran dengan menulis ‘ㅃ’ dengan jarak di antaranya selain diiringi dengan ekspresi yang tajam, bersesuaian dengan watak Oh Soo-jae.
Apabila ditanya seberapa padan Seo Hyun-jin dan Oh Soo-jae, wanita itu menjawab 30% dengan wajah yang kelam,
Saya tak nak bincang lebih mengenai hal ini.
Jawapan itu mengundang ketawa Seo Hyun-jin dan juga staf yang sedang memuramahnya.
Berdedikasi kan Seo Hyun-jin?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.