Ikuti Kami:

Dalam 4 Episod Sahaja, ‘Why Her?’ Capai Rating 10%

Dalam 4 Episod Sahaja, ‘Why Her?’ Capai Rating 10%

Gandingan Seo Hyun-jin dan Hwang In-yeop nampaknya membawa tuah buat drama “Why Her?”.

Dalam episod terbaru ini, Oh Soo-jae (Seo Hyun-jin) dilihat nekad memburu kebenaran di sebalik kematian Park So-young (Hong Ji-yoon) meskipun kesemua bukti terarah kepadanya. Malah Gong Chan (Hwang In-yeop) langsung tidak mempedulikan tanggapan buruk orang ramai dan terus setia di samping wanita itu.

Ternyata popular, “Why Her?” menunjukkan peningkatan rating yang mendadak apabila berjaya melepasi garisan 10% untuk episod ke-4 ini dengan catatan 10.1%. Ini merupakan rekod peribadi terbaik yang dicatatkan drama itu sepanjang tayangannya.

sbs why her?

Sekiranya siri SBS ini mengekalkan momentum yang sama dalam episod masa hadapan, nescaya ia mampu mencapai rating lebih 15%.

Untuk pengetahuan, “Why Her?” ialah sebuah drama menceritakan mengenai seorang wanita yang melakukan kesilapan dalam hidup dan mencapai kejayaan dengan cara yang salah. Selepas dia jatuh cinta dengan seorang lelaki muda, dia mula mengubah jalan hidupnya dan belajar cara sebenar untuk mencintai dirinya.

Korang layan tak drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...