Ikuti Kami:

Meski Rating Tinggi, Penonton Persoal Satu Babak ‘Why Her?’ Ini Tak Masuk Akal

Meski Rating Tinggi, Penonton Persoal Satu Babak ‘Why Her?’ Ini Tak Masuk Akal

Dibanjiri dengan pujian sejak tayangan awal, sepertinya “Why Her?” terpalit kontroversi dek pemilihan pelakonnya.

Penonton nyata keliru apabila melihat perbezaan yang ketara antara watak Gong Chan (Lee Yoo-jin) remaja dan Gong Chan (Hwang In-yeop) ketika dewasa.

Untuk pengetahuan, Lee Yoo-jin berlakon dalam banyak naskhah popular sebelum ini seperti “SKY Castle”, “Sweet Home”, “Melancholia” dan banyak lagi. Meskipun tampil seperti ‘bayi’ dalam “SKY Castle”, penonton nyata terkejut melihat Lee Yoo-jin membesar hingga 188cm kini.

Ternyata mempunyai bakat yang hebat namun wajahnya langsung tidak seiras dengan Hwang In-yeop. Disebabkan jarak umur yang dekat di dalam “Why Her?”, terlalu ketara perbezaan wajah mereka. Malah Hwang In-yeop berdiri di ketinggian 185cm, tak kan watak itu rendah apabila semakin tua?

hwang inyeop lee yoojin

Bahkan penonton mengatakan bahawa sekiranya mereka tidak mengetahui bahawa Lee Yoo-jin membawa watak Gong Chan semasa remaja, sudah pasti tiada siapa dapat mengagak bahawa dia ialah satu entiti berbeza dengan watak Hwang In-yeop.

Kata penonton,

Ianya tidak terlalu melangkau waktu, jadi saya tak faham mengapa dia perlu ambil watak remaja lain. Mungkin Hwang In-yeop sendiri boleh melakukannya.

 

Saya merasakan bahawa Lee Yoo-jin kacak, namun dia terlalu cool dan besar hingga sukar untuk orang mendalami watak Hwang In-yeop.

Walau bagaimanapun, “Why Her?” tetap berjaya meraih rating yang tinggi ketika tayangan awalnya iaitu 6% dan 6.5%. Oleh itu, ramai yang menantikan apa yang akan disajikan di dalam drama ini nanti.

Itulah, nampak sangat bezanya tu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...