Ikuti Kami:

Permulaan Mendebarkan, Episod Awal ‘Why Her?’ Raih Rating Tinggi

Permulaan Mendebarkan, Episod Awal ‘Why Her?’ Raih Rating Tinggi

Tidak dinafikan bahawa Seo Hyun-jin merupakan seorang pelakon yang boleh dipercayai ramai. Sebab itulah, drama “Why Her?” menjadi perbualan peminat K-Drama sejak ia belum ditayangkan lagi.

Sinopsis

“Why Her?” ialah sebuah drama menceritakan mengenai seorang wanita yang melakukan kesilapan dalam hidup dan mencapai kejayaan dengan cara yang salah. Selepas dia jatuh cinta dengan seorang lelaki muda, dia mula mengubah jalan hidupnya dan belajar cara sebenar untuk mencintai dirinya.

Episod awal mendebarkan

[Amaran SPOILER]

Tayangan awal ini membawa penonton menyaksikan Oh Soo-jae (Seo Hyun-jin), seorang peguam wanita yang langsung tak takut untuk menentang sesiapa pun termasuklah CEO firma guamannya yang dinaunginya. Disebabkan oleh personalitinya yang bengis dan berani, tiada siapa yang mampu untuk melawan kehebatannya sebagai seorang peguam bahkan mangsa dalam setiap kes juga tunduk terhadap kemahirannya.

sbs why her?

Pun begitu, wanita itu mengalami sesuatu yang tidak dijangka apabila hidupnya mula berubah dek satu kematian. Sepertinya Gong-chan (Hwang In-yeop) iaitu pelajarnya bakal menjadi pelindung dalam diam serta pembantu terbaik Oh Soo-jae.

Rating tinggi

Dengan perkembangan plot yang laju dan mengujakan, “Why Her?” berjaya menarik perhatian ramai sejak dari awal tayangannya lagi. Malah episod pertamanya mencatatkan rating yang baik iaitu 6.0% sebelum meningkat ke 6.5% dalam tayangan seterusnya.

sbs why her?

Jika drama ini meneruskan babak dramatik dan mendebarkan secara konsisten, tak mustahil ianya akan mencapai rating 10% seperti yang dicapai drama sebelumnya iaitu “Again My Life”.

Apa pula kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...