Ikuti Kami:

“Tak Sensitif..” – Konon ‘Seronok’ Jeon Somin Keluar ‘Running Man’, Song Jihyo Terus Dikecam

“Tak Sensitif..” – Konon ‘Seronok’ Jeon Somin Keluar ‘Running Man’, Song Jihyo Terus Dikecam

Susah nak puaskan hati semua orang..

Baru-baru ini, Jeon So-min sudah pun mengucapkan selamat tinggal pada ahli dan penonton “Running Man”. Selepas 7 tahun berlari bersama, pelakon tersebut membuat keputusan untuk berehat seketika sebelum kembali aktif dalam dunia seni, terutamanya dalam bidang lakonan.

Meskipun episod terakhirnya hanya bersiaran pada 12 November lalu namun rakaman pertama tanpanya telah berlangsung di Singapura pada 4 November lalu bersama tetamu Shin Ye-eun dan Hong Jin-ho.

Mungkin mahu mengucapkan terima kasih buat peminat tempatan yang memberikan sokongan padu semasa penggambaran di pelbagai lokasi berlangsung, Song Ji-hyo dilihat memuat naik fotonya bersama ahli lain di lapangan terbang buat tatapan semua di Instagram pada 6 November.

Pun begitu, ada segelintir peminat yang meluahkan rasa kesal dan menuduh Song Ji-hyo seolah-olah gembira dengan ketiadaan Jeon So-min kini hingga memuat naik gambar berkenaan sebelum wanita itu benar-benar meninggalkan “Running Man” secara rasmi.

Dalam beberapa komen buruk itu, masih ada yang tampil melindungi Song Ji-hyo dengan berkata wanita itu hanya mahu mengucapkan terima kasih buat peminat yang menanti di Singapura. Bahkan wanita tersebut dilihat membawa tas tangan dengan badge wajah Jeon So-min sepanjang mereka menjalani penggambaran di negara itu.

song jihyo jeon somin

Tiada apa yang perlu digembar-gemburkan, hubungan antara kedua pelakon itu sebenarnya baik-baik sahaja memandangkan ahli lain turut mendedahkan bahawa Song Ji-hyo paling terkesan apabila Jeon So-min mendedahkan bahawa dia mahu meninggalkan “Running Man”.

Bahkan kedua-duanya dilihat berpeluk lama selepas berkongsi ucapan selamat tinggal buat satu sama lain semasa episod terakhir Jeon So-min.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...