Ikuti Kami:

“Song Jihyo Paling Terkesan Bila Jeon Somin Mahu Keluar..” – Ahli ‘Running Man’

“Song Jihyo Paling Terkesan Bila Jeon Somin Mahu Keluar..” – Ahli ‘Running Man’

Siapa sangka Jeon So-min yang sentiasa menceriakan hujung minggu kita semua menerusi “Running Man” sudah pun mengucapkan selamat tinggal pada rancangan itu kini.

Dalam episod terbaru ini, kesemua ahli telah menjalani misi di mana mereka perlu menggembirakan hati Jeon So-min supaya tidak terkena hukuman di hujung episod.

Antara salah satu misi mereka ialah menulis surat ucapan khas buat pelakon wanita itu. Walaupun setiap ahli menyampaikan apa yang tersirat di hati namun sepertinya Song Ji-hyo memendam perasaan yang tak diketahui semua.

Ungkap Yoo Jae-suk sebelum Song Ji-hyo membaca suratnya buat Jeon So-min,

Sebenarnya Song Ji-hyo yang paling terkesan apabila Jeon So-min beritahu dia mahu keluar.. walaupun kami juga terasa kesedihan itu namun agak berbeda dengan apa yang dirasainya

running man

Sejenak menahan nafas dangan air mata yang hampir berjuraian, ucap Song Ji-hyo buat adik perempuannya itu,

Buat So-min, seperti angin musim luruh yang membawa memori singkat namun bermakna buat semua. Pada Isnin terakhir Oktober 2023, apabila bau rerumput bertemu dengan sinaran matahari luruh yang cantik. Saya sentiasa menyangka yang saya boleh memberikan lebih lagi buat Jjomin-ie tapi ini adalah yang terakhir. Saya berasa sedih dan terkilan kerana hari ini ialah hari terakhir kita. Dalam rasa marah dan rasa tidak percaya, saya tetap menyokong awak. Saya sentiasa di belakang awak dan berharap yang terbaik buat awak di masa hadapan. Pada ketika daun luruh dan mereput, saya berharap ia menjadi memori terbaik buat Jjomin-ie. Saya sentiasa sayang dan akan terus menyayangi awak. Terima kasih dan saya akan terus mengingati awak selepas ini. Jeon So-min, saya sayang awak!

Mereka berdua kemudiannya berpelukan lama sambil mengusap kepala dan belakang masing-masing, mungkin bagi meredakan perasaan sedih yang kian membuak.

Teringat Song Ji-hyo pernah cakap yang dia seronok sangat ada ahli perempuan lain dalam “Running Man” tapi sekarang..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...