Ikuti Kami:

“Saya Akan Kembali Lagi..” – Beri Ucapan Terakhir, Jeon Somin Menangis Tinggalkan ‘Running Man’

“Saya Akan Kembali Lagi..” – Beri Ucapan Terakhir, Jeon Somin Menangis Tinggalkan ‘Running Man’

Pelakon Jeon So-min mengungkapkan perasaannya setelah memutuskan untuk meninggalkan program ‘Running Man’ di SBS.

Selepas episod terakhir bersamanya ditayangkan, Jeon So-min telah meluahkan perasaan di Instagram,

Saya menyampaikan penghormatan dan terima kasih yang mendalam kepada semua orang yang bersama-sama membuat dan menjalani ‘Running Man’ bersama saya.

Tambahnya,

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang mencintai diri saya banyak kekurangan, dan saya secara rendah hati bersyukur. Saya benar-benar banyak tertawa dan bersenang hati selama kita bersama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 쏘미닝 (@jsomin86)

Jeon So-min juga berharap agar tawa mereka dapat dirasai penonton,

Mohon terus mencintai ‘Running Man’ di masa depan. Dan kepada semua orang yang bersama dengan Jeon So-min di dalam ‘Running Man’, saya mengucapkan terima kasih dari lubuk hati saya.

Dalam entri itu, pelakon wanita tersebut turut menyertakan beberapa video kenangan bersama staf “Running Man” selain berkongsi gambar manis dengan ahli lain sepanjang mereka bersama.

jeon somin

Semasa episod akhir kelmarin, Jeon So-min turut sempat meninggalkan ucapan buat ahli lain yang dilihat menahan air mata mereka dari meleleh,

Sejak kecil saya mahu menyertai program hiburan. Saya berasa berbangga kerana dapat bekerja dengan kakak dan abang yang cekap dan hebat. Saya tak pasti sejauh mana saya berjaya memberikan hiburan yang baik tapi saya gembira, bahagia dan senang hati. Saya tak tahu apa lagi peristiwa besar yang akan jadi pada saya pada masa hadapan tapi saya tahu ia tak akan mampu mengalahkan memori yang ini. Saya mengharapkan agar semua orang terus menyayangi ‘Running Man’ dan menyokong saya.

Tambahnya tertawa sambil menangis apabila melihat suasana yang kelam,

Saya tak mati lah.

Janjinya, dia akan selalu kembali ke ‘Running Man’ untuk bermain bersama yang lain dan mengharapkan yang terbaik untuk semua.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...