Utama Rancangan Hiburan “Dia Mangsa..” – Konon Dek Komen Buruk, Yoo Jaesuk Dedah Sebab Jeon...

“Dia Mangsa..” – Konon Dek Komen Buruk, Yoo Jaesuk Dedah Sebab Jeon Somin Keluar ‘Running Man’

running man

Walaupun berat hati mahu melepaskan, Jeon So-min akhirnya mengucapkan selamat tinggal buat “Running Man”.

Daalm episod terbaru ini, pelakon wanita itu menjadi bintang utama di mana kesemua ahli perlu ‘menjaganya’ dan melayan dengan baik hingga ke penghujung episod. Ketika pembukaan, Jeon So-min memegang kamera individu dalam perjalanan ke set sambil meluahkan perasaan,

Saya tak dapat tidur tenang semalam. Saya mungkin tak merasai kepentingan sesuatu itu setelah ia berlangsung dengan lama. Saya akan menghargai kesemua momen indah bersama ahli.

jeon somin

Di tempat pembukaan pula, Yoo Jae-suk bersama ahli bertegas mengenai khabar angin mengatakan bahawa pelakon wanita tersebut mengundurkan diri dari “Running Man” kerana komen buruk,

Ia tidak benar. Kalau betul sebab komen buruk, sesuatu harus dilakukan. Kenapa pula mangsa yang kena lepaskan kerjanya?

Tambah hos tersebut,

Kalau Jeon So-min terluka kerana komen buruk, kami tak akan berdiam diri. Keputusan ini dibuat untuk impiannya. Kami berharap agar semua menyokong dan melihatnya dengan baik.

Semoga Jeon So-min berbahagia!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERStar News
Loading...