Ikuti Kami:

“Tak Selesa?” – Ada Ahli Wanita Lain Dalam ‘Running Man’, Song Jihyo Ulas Hubungan Dengan Jun Somin

“Tak Selesa?” – Ada Ahli Wanita Lain Dalam ‘Running Man’, Song Jihyo Ulas Hubungan Dengan Jun Somin

Umum mengetahui bahawa Song Ji-hyo merupakan satu-satunya ahli wanita “Running Man” sebelum Jun So-min menyertai pada tahun 2017.

Meskipun sudah 5 tahun bersama, tiada siapa pernah bertanya mengenai perasaan sebenar Song Ji-hyo apabila dia bukan lagi seorang ahli wanita di dalam program popular itu.

Menerusi program “Tteokbokki Brothers” yang baru ditayangkan, Ji Suk-jin telah menanyakan mengenai perihal itu buat Song Ji-hyo,

Awak bukan satu-satunya ahli wanita lagi selepas Jun So-min menyertai kita. Adakah awak berasa kurang selesa?

song jihyo jun somin

Nafi Song Ji-hyo,

Bukannya tidak selesa, saya berasa seronok apabila Jun So-min menyertai kita.

Jelasnya lagi,

Ahli lelaki selalu mandi bersama. Semasa bermain air atau lumpur, lelaki dan wanita mempunyai tempoh membersihkan diri yang berlainan. Walaupun saya cuba mandi dengan cepat, kesemua ahli lelaki sudah pun menunggu saya di luar. Saya berasa bersalah kerana hal itu.

song jihyo jun somin

Kata Song Ji-hyo lagi,

Sebab itu saya seronok Jun So-min ada. Terasa seperti ada rakan seperjuangan kerana kami mengambil masa yang sama.

Dalam pada itu, Ji Suk-jin sempat bertanya,

Awak tak sedih ke apabila pelakon wanita datang dan kami berlagak tak suka dengan awak supaya membuatkan penonton ketawa. Malah bukan sahaja Song Ji-hyo, tapi saya juga alami perkara yang sama.

song jihyo jun somin

Jawab Song Ji-hyo,

Awak dan saya mempunyai hubungan watak yang tak dapat dielakkan. Tapi saya akan berasa tertekan sekiranya ahli kita menunjukkan tahap suka yang melebih-lebih buat saya. Sejujurnya, terdapat banyak kali saya melempiaskan marah. Lebih baik saya menunjukkannya sahaja.

Nampak tak betapa seronoknya Song Ji-hyo bila Jun So-min sertai “Running Man”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...