Ikuti Kami:

“Dari Gary, Awalnya Saya Tak Suka” – Song Jihyo Ulas ‘Hubungan Cinta’ Dengan Kim Jongkook

“Dari Gary, Awalnya Saya Tak Suka” – Song Jihyo Ulas ‘Hubungan Cinta’ Dengan Kim Jongkook

Song Ji-hyo menceritakan dengan lebih mendalam mengenai ‘hubungan cinta’ antaranya dengan Kim Jong-kook.

Terbaru, Song Ji-hyo telah menyertai program kelolaan Ji Suk-jin iaitu “Tteokbokki Brothers” sebagai tetamu.

Semasa bersembang mengenai pelbagai perkara, Kim Jong-min yang juga merupakan hos rancangan itu sempat bertanya mengenai hubungan wanita tersebut dan Kim Jong-kook kerana ia menerima sokongan ramai.

song jihyo kim jongkook

Pun begitu, Song Ji-hyo membuat pendedahan mengejutkan mengenai perasaan sebenar mengenai hal itu,

Sejujurnya hubungan cinta dengan Kim Jong-kook, pada awalnya saya sangat tak sukakannya. Malah saya meminta pada Kim Jong-kook sendiri supaya kita tak berbuat demikian. Dulu, saya juga pernah mempunyai hubungan cinta dengan Gary. Selepas dia keluar, secara tiba-tiba saya dikaitkan dengan Kim Jong-kook pula. Saya hanya seorang, saya tak boleh terima dikaitkan dengan dua lelaki berbeza. Disebabkan tak sukakan hal itu, saya memintanya dari Kim Jong-kook.

Tambahnya lagi,

Namun apabila saya menerimanya pada satu ketika, responnya agak baik. Saya terfikir, ‘Okay juga kalau begini’. Sekarang, saya berasa seronok dan asyik mahukannya lagi.

song jihyo kim jongkook

Apabila Ji Suk-jin mengusik akan memberikan hadiah TV sekiranya mereka berkahwin, Song Ji-hyo sempat berseloroh,

Kim Jong-kook cakap jangan datang ke majlis perkahwinan kami.

Dalam pada itu, pelakon wanita tersebut menekankan bahawa lelaki berbadan sasa tersebut berbeza 180 darjah daripada ciri-ciri lelaki idamannya,

Saya sukakan lelaki yang berbeza personaliti dari Kim Jong-kook. Saya sukakan seseorang yang seperti ‘Winnie The Pooh’.

song jihyo kim jongkook

Bukan itu sahaja, Song Ji-hyo mengakui bahawa dia tidak pernah menghadiri sebarang janji temu buta sepanjang hidupnya meskipun ibunya ada mencari,

Saya tak nak bercinta dengan lelaki hanya kerana mahu berkahwin. Lebih baik apabila saya bercinta dan saya terfikir untuk berkahwin, ketika itu saya akan lakukannya.

Seronok apa lihat mereka mengusik satu sama lain kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...