Seronok melihat hubungan Song Ji-hyo dan Kim Jong-kook kian berbunga dalam “Running Man”.
Dalam episod terbaru, kesemua ahli dan tetamu termasuk Yuri dan Hyoyeon Girls’ Generation telah menyambut hari jadi Kim Jong-kook. Sempena hari yang istimewa itu, kedua idola berkenaan telah menari lagu medley popular mereka.
Bukan sahaja mereka, malah Jun So-min dan Song Ji-hyo juga sempat menari lagu “Oh!” buat Kim Jong-kook. Apa yang menariknya, Song Ji-hyo kelihatan ‘berani’ mengusik lelaki berbadan sasa itu secara berdepan.
Bahkan tak kisah langsung menayangkan betisnya sebagai usikan ketika menari lagu berkenaan. Sampaikan riuh-rendah set penggambaran selain Ji Suk-jin yang tidak dapat menaham ketawa melihat aksi ‘daring’ Song Ji-hyo itu.
Hentikan lagu!
Ketika meminta Kim Jong-kook memilih kumpulan, Song Ji-hyo sekali lagi mengangkat kakinya sebagai tanda mahu memanggil lelaki itu menyertai kumpulannya. Hebat betul Song Ji-hyo!
Kata penonton,
Hampir pengsan Kim Jong-kook melihat Song Ji-hyo!
Hebat betul Song Ji-hyo.
Comelnya Song Ji-hyo!
Seronok melihat tindakan berani Song Ji-hyo. Cute~
Song Ji-hyo hebat!!! Wah, sangat berani >< Sangat seronok, seksi!!!
Song Ji-hyo pun boleh menari tarian 19+. Yang Se-chan pun kelakar, ‘Rating 15 tahun ke atas’!
Cool sangat Song Ji-hyo.
Lawaknya dia, cantik Song Ji-hyo.
Dahsyat betul Song Ji-hyo!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.