Ikuti Kami:

Tak Sebaik Ketika ‘Vincenzo’? Drama Lakonan Taecyeon ‘Heartbeat’ Catat Rating Terendah

Tak Sebaik Ketika ‘Vincenzo’? Drama Lakonan Taecyeon ‘Heartbeat’ Catat Rating Terendah

Dengan lambakan produksi sekarang, agak sukar untuk semua K-Drama mendapat perhatian yang sepatutnya.

Seperti drama lakonan Ok Taec-yeon dan Won Jin-an, “Heartbeat” juga sukar untuk meraih rating tinggi sejak dari awal tayangan. Bermula dengan 4.1%, namun ianya menurun hampir separuh kini kpeada 2.3% selepas 10 episod bersiaran.

Dalam episod terbaru ini, Na Hae-won (Yoon So-hee) mula merasai hubungan ketika masa lampau dengan Seon Woo-hyeol (Ok Taec-yeon). Dalam masa yang sama, lelaki tersebut meminta tuannya, Joo In-hae (Won Ji-an) supaya mencintainya agar dia dapat berubah menjadi manusia.

kbs heartbeat

Menurut komen penonton, plot “Heartbeat” semakin bosan kini selain lakonan pelakon utamanya yang kurang menonjol. Walau bagaimanapun, ada yang lelah melihat cerita di mana teraju wanita kedua yang akan menjatuhkan heroin.

Dalam pada itu, ramai yang meluahkan rasa kesal apabila Taec-yeon gagal menerajui naskhah yang baik selepas kejayaan “Vicenzo” pada 2020.

Untuk pengetahuan, drama KBS ini membawa kisah separuh-manusia separuh-pontianak Seon Woo-hyeol (Ok Taec-yeon) yang tak mampu menjadi manusia kerana satu hari perbezaan dalam 100 tahun, mula tinggal bersama Joo In-hae (Won Ji-an), seorang wanita yang tidak mempunyai kehangatan.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...