Ikuti Kami:

Tak Sangka Popular Di Serata Dunia, Pengarah ‘Single’s Inferno’ Mahu Hasilkan Musim Kedua

Tak Sangka Popular Di Serata Dunia, Pengarah ‘Single’s Inferno’ Mahu Hasilkan Musim Kedua

Pengarah “Single’s Inferno” ternyata tidak menyangka bahawa siri Netflix berkenaan akan menjadi tontonan seluruh dunia.

Baru-baru pengarah Kim Na-hyun dan Kim Jae-won telah duduk dalam sebuah temubual bagi berkongsi cerita mengenai rancangan popular itu.

pd single's inferno

Mereka turut membincangkan mengenai kemungkinan musim kedua,

Pasukan produksi juga menantikan musim terbaru namun kami tidak boleh memberikan pengesahan apa-apa mengenai musim kedua ‘Single’s Inferno’ buat masa ini.

Tambah Kim Jae-won,

Kami tidak menyangka siri ini akan meletup di seluruh dunia. Kami berasa seronok melihat keterujaan dari peminat global. Pada masa yang sama, sukar mempercayai rancangan hiburan akan dikenali seperti ini. Rasanya seperti mimpi. Apabila kami melihat ranking global, kami ingatkan ia adalah gurauan.

netflix single's inferno

Dalam pada itu, kedua mereka tidak mendedahkan sama ada pasangan dari “Single’s Inferno” masih bersama kini. Memandangkan sudah 6 bulan berlalu sejak penggambaran tamat, mereka memberikan peluang untuk para peserta menyampaikan perkara itu dengan sendirinya.

Tak cukup dengan itu, Song Ji-a atau Freezia turut menjawab persoalan ramai dan menjelaskan bahawa rancangan berkenaan langsung tidak mempunyai skrip dan kesemuanya berlaku secara natural.

Untuk pengetahuan, “Single’s Inferno” memaparkan individu mencari cinta di kepulauan terpencil sebelum melepaskan diri ke ‘syurga’ apabila berjumpa pasangan yang sesuai. Ianya terbukti popular kerana berjaya menduduki tangga tinggi dalam ranking Netflix Global baru-baru ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...