Ikuti Kami:

No 5 Di Ranking Netflix Global, 5 Sebab ‘Hot’ Program Dating ‘Single’s Inferno’ Jadi Tontonan Ramai

No 5 Di Ranking Netflix Global, 5 Sebab ‘Hot’ Program Dating ‘Single’s Inferno’ Jadi Tontonan Ramai

Nampaknya Korea sedang ‘demam’ program realiti dating kini! Sudah pun menayangkan pelbagai program sebelum ini seperti “Love’s Catcher”, “Heart Signal” “EXchange” dan banyak lagi, namun ianya masih menjadi tontonan ramai sekarang ini.

Disebabkan itu, “Single’s Inferno” yang baru sahaja menghabiskan tayangan di Netflix merupakan antara siri yang popular di seluruh dunia. Bahkan ianya tersenarai di tangga ke-5 ranking Netflix global selain menduduki No 1 di beberapa negara seperti Morocco, Hong Kong, Jepun, Qatar, Arab Saudi, Singapura, Korea Selatan, Thailand dan Vietnam.

Ianya dihoskan oleh Lee Da-hee, Hong Jin-kyung, Kyu-hyun (SUJU) dan Han Hae di mana individu lelaki dan wanita menduduki sebuah pulau terpencil dan mencari pasangan idaman sebelum berpindah ke kepulauan syurga.

netflix single's inferno

Peserta ‘hot’

Tak dinafikan para peserta dalam “Single’s Inferno” terdiri daripada individu yang tampan dan cantik namun setiap pada mereka tidak boleh mendedahkan usia mahupun latar belakang mereka bagi memastikan kesemuanya jatuh cinta dengan personaliti sahaja.

Pun begitu, Song Ji-a (personaliti media sosial), Oh Jin-taek (CEO jenama pakaian), Moon Se-hun (bisnes makanan), Kim Jun-sik (CEO syarikat kesihatan), Ahn Yea-won (model), Choi Si-hun (pemilik jenama pakaian), Shin Ji-yeon, Kim Hyun-joong (model), Kang So-yeon (peninju), Cha Hyun-seung (penari latar popular), Sung Min-ji (model) dan Kim Su-min (bakal pelakon) nyata membawa pelbagai perencah ke dalam program berkenaan.

netflix single's inferno

Pelbagai ‘drama’

Sejak dari awal, “Single’s Inferno” memberikan pelbagai drama yang menghiburkan penonton. Antara yang paling diingati ialah apabila Oh Jin-taek diselar ramai kerana seperti memainkan perasaan Kang So-yeon pada awalnya, Meskipun berjanji untuk bersama ke kepulauan ‘syurga’ bersama namun dia bertindak memilih wanita lain. Tak kurang juga, apabila mereka menghabiskan masa bersama dan kelihatan rapat, lelaki itu hanya mengatakan bahawa Kang So-yeon hanya makan sahaja.

netflix single's inferno

Selain itu, Moon Se-hoon yang kelihatan comel pada awalnya kerana benar-benar mahukan Shin Ji-yeon mula membuatkan penonton jelek kerana dia sepertinya obsesif. Walaupun wanita itu jelas tidak menyukainya, namun dia melakukan apa sahaja untuk mendekati Shin Ji-yeon.

Kecap populariti

Tidak dijangka bahawa program ini menjadi ikutan penonton dari seluruh dunia hingga ianya tersenarai tinggi dalam ranking global Netflix. Bahkan kesemua peserta rancangan itu megecap populariti luar biasa selepas membintanginya.

Antara yang paling mendapat sokongan ramai ialah Song Ji-a ataupun FreeZia. Merupakan seorang YouTuber dan personaliti media sosial, wanita itu menunjukkan pemnambahan jumlah pengikut yang banyak di media sosial. Pada asalnya hanya mempunyai pengikut seramai 500 ribu, namun ianya meningkat ke 2.2 juta di Instagram kini. Manakala akaun YouTube miliknya juga berjaya mencecah 1 juta langganan baru-baru ini.

netflix single's inferno

Terpalit kontroversi

Terlampau popular hingga setiap gerak geri peserta diperhatikan dengan teliti oleh setiap penonton! Pada awal tayangan, “Single’s Inferno” terpalit kontriversi apabila para lelaki sepertinya mempunyai standard kecantikan yang tidak masuk akal. Bahkan ia menunjukkan bahawa rata-rata rakyat Korea sepertinya hanya mempunyai bayangan wanita idaman yang terhad.

Ianya apabila Shin Ji-yeon membuat kemunculan pertama dan Kim Hyun-joon serta Moon Se-hoon asyik memuji kulitnya yang putih dan cerah. Selain menggambarkan seperti kulit yang cerah ialah sesuatu yang cantik dan melambangkan kenaifan.

Ending tak disangka

Walaupun ada perubahan hati sepanjang 8 episod “Single’s Inferno” dan hati yang degil, sepertinya ramai yang akan gembira dan kecewa dengan kesudahan program itu. Siapa agaknya yang akan mendapat pasangan dan siapakah yang terpaksa tinggal di kepulauan misteri itu?

netflix single's inferno

Kalau korang dah teringin nak tonton, boleh marathon “Single’s Inferno” sekarang juga di Netflix!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...