Ikuti Kami:

“Tak Sangka Dia Boleh Berlakon” – Debut Pertama, Lakonan Tiffany SNSD Dalam ‘Reborn Rich’ Dipuji

“Tak Sangka Dia Boleh Berlakon” – Debut Pertama, Lakonan Tiffany SNSD Dalam ‘Reborn Rich’ Dipuji

Mesti ramai menantikan prestasi Tiffany Girls’ Generation dalam drama pertamanya iaitu “Reborn Rich”?

Selepas lama menanti, akhirnya idola itu membuat kemunculan pertama sebagai Rachel dalam episod ke-3 drama berkenaan.

Dalam episod ini, Jin Do-joon (Song Joong-ki) menjadi pelajar terbaik di Fakulti Perundangan di Universiti Kebangsaan Seoul dan mengikuti ayahnya, Jin Yoon-ki (Kim Young-jae) untuk menguruskan syarikat filem di pasaran filem New York.

tiffany reborn rich

Rachel yang merupakan pembantu kepada rakan Jin Do-joon iaitu Oh Se-hyun (Park Hyuk-won) meninggalkan impak yang hebat dalam babak pertamanya apabila menghalang lelaki itu dari melabur sebanyak 10 juta USD,

10 million dollar? I’d rather throw the money on the floor. And DiCaprio? Who is that guy doing the acting? Can a blockbuster without a single star actor really succeed?

Dengan lakonan yang natural dengan kemahiran berbahasa Inggeris, Tiffany Young menunjukkan keserasian yang mantap bersama pelakon veteran, Park Hyuk-kwon.

tiffany reborn rich

Puji pengarah Jung Dae-yoon,

Saya sukakan lakonan serius namun komikal Tiffany Young, seorang pelakon baru yang terlibat tanpa sengaja dengan Song Joong-ki.

Komen penonton,

Seperti dijangka dari Tiffany, dialog Inggeris yang diutarakannya sangat bagus.

 

Saya tak sangka dia Tiffany, saya ingat dia pelakon baru.

 

Keserasian dia agak baik dengan Park Hyuk-kwon.

Okay tak lakonan Tiffany?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...