Ikuti Kami:

Capai Rating 10% Dalam 3 Episod, Penonton Puji Plot Padat & Lakonan Hebat Dalam ‘Reborn Rich’

Capai Rating 10% Dalam 3 Episod, Penonton Puji Plot Padat & Lakonan Hebat Dalam ‘Reborn Rich’

Ramai rasanya dah tonton episod awal “Reborn Rich” kan?

Walaupun baru tiga episod ditayangkan, namun drama berkenaan telah mencapai kejayaan yang membanggakan apabila melepasi rating 10% dengan catatan 10.8%.

Plot menarik

[Amaran SPOILER]

Episod ke-3 memaparkan permulaan pelan pembalasan dendam Jin Do-joon (Song Joong-ki). Menggunakan informasi yang diperolehi dari masa hadapan, lelaki itu berjaya memiliki tanah di Bundang dengan harga 24 bilion won.

jtbc reborn rich

Melihatkan Jin Do-joon yang menanam cita-cita tinggi untuk menjadi pemilik Kumpulan Sunyang dan bertempur, penonton meletakkan harapan tinggi untuk melihat perkembangan plot ini.

Lakonan hebat

Bukan sahaja Song Joong-ki, Lee Sung-min dan Shin Hyun-bin, namun pelakon lain seperti Kim Kang-hoon turut mendapat tepukan gemuruh dari semua. Yang paling mendapat perhatian ialah Song Joong-ki kerana mampu berlakon sebagai dua watak meskipun, kedua-duanya memerlukan kedalaman watak yang baik.

jtbc reborn rich

Walaupun merupakan pelakon kanak-kanak, namun kedalaman watak yang ditunjukkan sebagai Jin Do-joon muda nyata menaikkan lagi keprihatinan penonton buat drama ini.

Korang dah layan belum drama ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...