Ikuti Kami:

Tak Sangka Cecah Jutaan Ringgit Sebulan, Ini Pendapatan Sebenar 6 YouTuber Mukbang Korea

Tak Sangka Cecah Jutaan Ringgit Sebulan, Ini Pendapatan Sebenar 6 YouTuber Mukbang Korea

Mukbang mula popular di Korea pada penghujung 2014 dan menjelang 2015, ia telah menjadi fenomena global.

Jika korang pernah terfikir berapa banyak pendapatan Youtuber mukbang Korea, baca artikel di bawah!

Tzuyang 

Akaun YouTube Tzuyang

Tzuyang antara YouTuber yang paling dikenali ramai dengan pengikut seramai 8.54 juta. Dia terkenal dengan personalitinya yang boleh makan makanan dalam kuantiti yang sangat banyak dalam satu masa. Patut dipuji, Tzuyang akan ke kedai kecil yang menjual makanan kegemaran orang Korea seperti tteobokki, mi sejuk dan sebagainya. Menurut laporan daripada Money Today, Tzuyang memperoleh pendapatan sebanyak RM 351,480.25 untuk video berdurasi selama 15 minit.

Hamzy

Akaun YouTube Hamzy

Selain aktif di YouTube, Hamzy juga mempunyai sangat ramai pengikut di TikTok. Seramai 2.6 juta pengikut di TikTok dan 11.6 juta di YouTube, Hamzy akan buat video memasak dan makan di rumahnya. Menurut sumber, Hamzy mendapat RM 918,712.22 sebulan sebagai gajinya daripada YouTube.

Ssoyoung

Akaun YouTube Ssoyoung

Mempunyai pengikut seramai 10.6 juta oengikut di lama Youtube, Hamzy disukai ramai kerana content makan makanan yang bersaiz besar. Agak mustahil untuk seorang makan dalam kuantiti yang banyak dan besar sehingga habis tetapi Hamzy berjaya melakukannya. Penonton pasti akan terliur ketika menonton kesemua video makannya. Sama seperti Hamzy, Ssoyoung akan masak terlebih dahulu. Pendapatan yang dia peroleh ialah sebanyak RM 487,296.00 sebulan.

Hongyu ASMR

Akaun YouTube Hongyu ASMR

Selain Hamzy dan Ssoyoung, Hongyu ASMR juga menggunakan cara yang sama untuk video YouTube miliknya iaitu masak hidangan yang disukai dan selepas itu baru buat mukbang. Menurut sumber dipercayai Hongyu ASMR mendapat bayaran sebanyak RM 1,561,859.30 sebulan.

Eat With Boki

Akaun YouTube Eat With Boki

Dengan 4.3 juta pengikut , Eat With Boki dia memperoleh purata pendapatan sebanyak RM 755,437.35 sebulan. Dia makan semua jenis makanan, dari mi segera hingga makanan jalanan Korea. Bunyi yang dia boleh cipta boleh membuatkan penonton berasa sangat lapar.

Dona

Akaun YouTube DONA

Setakat ini Dona merupakan Youtuber mukbang Korea yang memperoleh pendapatan tertinggi sebanyak RM 9,989,740.09 sebulan. DONA dianggap sebagai ratu mukbang cabaran makanan untuk kanak-kanak! Mereka melakukan pelbagai video daripada cabaran makanan kanak-kanak hinggalah ke mukdang makanan pedas yang menarik.

Tiga perkara yang menarik kanak-kanak untuk menonton video mereka ialah suara lucu, makanan ringan penuh warna dan semua bentuk yang comel. Di samping itu, mereka sangat kelakar dan membawa banyak jenaka di dalam video mereka.

Lepas ni korang pun boleh la cuba buat video ni YouTube.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...