Ikuti Kami:

Pelbagai Jenis Masakan Istimewa, Ini 7 Menu Mi Kegemaran Orang Korea

Pelbagai Jenis Masakan Istimewa, Ini 7 Menu Mi Kegemaran Orang Korea

Korea Selatan sangat kaya dengan pelbagai jenis makanan terbaik. Antara yang menjadi kegemaran rakyat Korea resepi mi.

Masakan Korea selalu dimasak bersama dengan bahan-bahan ringkas seperti bawang putih, minyak bijan dan gochujang serta kebiasanya dihidangkan bersama semangkuk nasi.

Jajangmyeon

jajangmyeon mi kacang hitam

Jajangmyeon ataupun mi kacang hitam ini pernah menjadi satu fenomena di Malaysia apabila di dalam filem “Parasite” menunjukkan satu babak memakannya. Jika korang tidak pernah makan mi kacang hitam, jangan tertipu dengan warna hitam itu kerana ia adalah salah satu hidangan yang paling lazat dan mudah untuk dicuba!

Sujebi 

Sujebi

Sujebi ialah hidangan klasik Korea yang sering kali dimakan pada musim sejuk. Apa yang membuatkan hidangan ini begitu istimewa ialah setiap restoran mempunyai rahsia untuk doh buatan sendiri yang digunakan untuk hasilkan mi yang berkualiti tinggi. Rupa bentuk mi untuk sujebi tidak seperti mi biasa kerana doh untuk sujebi dikoyak menggunakan tangan.

Jjampong 

Jjampong mi seafood korea

Kalau korang suka makan makanan laut, cuba makan jjampong. Ia merupakan gabungan makanan laut dengan cendawan dan sayur-sayuran serta diperkayakan lagi dengan kuahnya menjadikan hidangan mi ini lengkap dengan pelbagai rasa.

Kalguksu

Kalguksu Mi sup ayam korea

Juga dikenali sebagai mi potong pisau Korea, hidangan ini ialah sup mi menyegarkan yang dibuat dengan mi tepung gandum, sup ayam serta ayam cincang dan ketulan zucchini.

Japchae

japchae glass noodle korea

Japchae menggunakan glass noodle yang dicampur dengan pelbagai sayur-sayuran semuanya ditumis bersama kicap. Japchae ialah hidangan mi tradisional Korea yang sering dimakan semasa Tahun Baru Lunar.

Naengmeyon

Naengmeyon mi sejuk

Ia mungkin kedengaran agak pelik kerana naengmeyon ialah hidangan yang dimakan bersama ais. Kuah yang digunakan akan dicampur bersama ais sebab itulah ia dipanggil mi sejuk.

Kongguksu

mi sejuk susu soya kongguksu

Selain japchae, hidangan ini juga dimakan bersama ais dan ianya agak unik. Dikenali sebagai sup mi susu soya sejuk, hidangan ini sebenarnya mengambil masa yang sangat lama untuk dibuat kerana kacang soya diperah dengan tangan selama berjam-jam untuk membuat kuah putih yang enak.

Korang nak cuba yang mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...