Ikuti Kami:

“Tak Sangka Betul..” – Penonton Kagum Lihat Efek Grafik Realistik Dalam ‘Twenty Five, Twenty One’

“Tak Sangka Betul..” – Penonton Kagum Lihat Efek Grafik Realistik Dalam ‘Twenty Five, Twenty One’

Walaupun sudah lebih seminggu tamat, namun “Twenty Five, Twenty One” terus menjadi bualan ramai.

Terbaru, tvN telah meriliskan klip pendek di mana ia mengumpulkan kesemua babak yang menggunakan khidmat suntingan efek grafik (CGI) di dalam drama itu.

Antaranya ialah perubahan musim di mana pokok kering dihiasi dengan bungan sakura dan perjalanan dalam bas sebenarnya hanya menggunakan layar hijau di mana latar belakang di sunting dengan gambar jalan seperti sedang bergerak.

cgi 2521

Rata-rata penonton nyata terkejut melihat pendedahan ini memandangkan ia adalah sesuatu yang nampak ‘real’ bagi mereka. Bahkan siapa sangka babak semudah itu turut memerlukan khidmat suntingan CGI.

Antara komen mereka,

Saya dah lah tak puas hati dengan endingnya, dah kenapa muat naik kompilasi CGI pula.

 

Muat naik sahaja lah di sebalik tabir pelakon.

 

Saya suka pemandangan seperti ini!

 

Tak sangka ada banyak CGI yang diselitkan.

 

Melihatkan klip ini, para pelakon memang hebat.

 

Pasti staf yang menguruskan CGI telah bersusah-payah. Hebat betul.

Dahsyat kan suntingan mereka? Sampai langsung tak perasan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...