Ikuti Kami:

“Saya Merengek Minta Ending Ditukar” – Kim Taeri Ulas Kesudahan ‘Twenty Five, Twenty One’

“Saya Merengek Minta Ending Ditukar” – Kim Taeri Ulas Kesudahan ‘Twenty Five, Twenty One’

Walaupun sudah dijangka namun ramai yang nampaknya masih belum dapat menerima kesudahan “Twenty Five, Twenty One”

Rata-rata penonton sepertinya tidak dapat menerima ending berkenaan memandangkan kisah Na Hee-do (Kim Tae-ri) dan Baek Yi-jin (Nam Joo-hyuk) yang berbunga pada awalnya namun mula regang kerana tanggungjawab masing-masing.

Malah ramai yang membina teori sepanjang drama itu ditayangkan mengenai kesudahan hubungan mereka.

ending twenty five twenty one

Ulas Kim Tae-ri mengenai ending sedih itu dalam sebuah temubual atas talian baru-baru ini,

Hati saya juga seperti disiat-siat apabila memikirkan ending sedih itu. Tetapi penulis sudah memulakan langkah pertama ‘Twenty Five, Twenty One” ke arah itu, jadi saya tidak boleh berkata apa-apa. Saya banyak kali merengek mengenainya.

Tambahnya lagi,

Drama bermula dengan sangat seperti manga. Sangat cantik, seperti sebuah kisah yang tiada dalam dunia ini dek cerita fantasinya dan momen yang bersinar. Apabila memasuki zaman milenium, Na Hee-do memulakan langkahnya sebagai seorang dewasa, ya tak? Dari saat itu, ia sudah melepasi manga dan memasuki dunia realiti.

kim taeri

Jelasnya,

Apabila mendengar perkataan ‘realiti’ sahaja, terdapat perasaan kelam terhadapnya. Apabila difikirkan dengan mudah, romantik, kebahagiaan dan harapan mula pudar. Sukar untuk merealisasikan ending seperti manga fantasi. Kita hanya mampu mendapat kesudahan seperti manga fantasi menerusi memori dan hubungan bersama cinta pertama itu.

Bukan mudah untuk mengubah fantasi kepada realiti..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...