Pada 29 Februari, JTBC secara eksklusif melaporkan bahawa Heo Dong-won telah mengakhiri hubungan dengan isterinya.
Menurut laporan itu, pasangan tersebut berkahwin pada Mac 2023 tetapi akhirnya memutuskan untuk bercerai selepas pertimbangan yang teliti.
Heo Dong-won mendedahkan sisi romantiknya dalam “Strong Heart League” bulan lalu bahawa dia mengambil gambar perkahwinan dengan isterinya ketika temu janji pertama bersama isterinya itu.
Dia mengaku,
Saya telah memerhati isteri saya untuk waktu yang lama. Saya meluahkan perasaan saya kepadanya dengan niat untuk berkahwin, dan dia bersetuju untuk menjalinkan hubungan dengan saya. Kami mengambil gambar perkahwinan pada hari kami memutuskan untuk bercinta.
Heo Dong-won juga menunjukkan tindakan romantik dengan menyanyikan lagu cinta dengan sendiri pada hari perkahwinan mereka hingga meraih pujian ramai.
Kini, semua gambar yang diambil bersama isterinya telah dipadamkan dari Instagramnya.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.