Ikuti Kami:

Bakal Bercerai Kali Kedua, Hwang Jungeum Beri ‘Hint’ Suami Curang?

Bakal Bercerai Kali Kedua, Hwang Jungeum Beri ‘Hint’ Suami Curang?

Dunia hiburan Korea hari ini dikejutkan dengan berita perpisahan antara Hwang Jung-eum dan suaminya buat kali kedua.

Awalnya, pelakon wanita itu telah memuat naik beberapa siri entri di Instagram di mana dia memaparkan gambar suami, Lee Young-don dengan kapsyen pelik,

Suami saya yang baik dan cantik. Suami saya, Lee Young-don melalui kehidupan yang sangat sibuk selepas berkahwin dengan saya^^ Awak terlalu sibuk sehingga kini tapi awak boleh bertenang dan bergembira sekarang.

Walaupun nampak biasa, tapi sepertinya Hwang Jung-eum memberikan ‘hint’ bahawa suaminya itu pernah bermain cinta dengan orang lain. Jawabnya kepada soalan pengikut yang bertanya sekiranya Lee Young-don sibuk,

Seingat saya, dia pernah berjumpa 400 orang.

hwang jungeum lee youngdon

Meskipun timbul spekulasi ini, namun agensi pelakon wanita itu tidak memberikan respon khusus dan hanya meminta semua supaya tidak menyebarkan cerita tak berasas selain  mengakui bahawa Hwang Jung-eum telah menfailkan penceraian.

Sebelum ini, Hwang Jung-eum pernah mengumumkan bakal bercerai pada 2020 selepas mengakui mengalami krisis bersama suaminya, Lee Young-don. Walau bagaimanapun, selepas menjalani meditasi bersama mahkamah, kedua-duanya mencapai kata sepakat untuk kembali bersama dan membatalkan permohonan penceraian mereka.

Hmmm… entahlah..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...