Ikuti Kami:

“Tak Sabarnya” – Song Joongki Dilihat Jalani Penggambaran ‘Chaebol’s Family Youngest Son’

“Tak Sabarnya” – Song Joongki Dilihat Jalani Penggambaran ‘Chaebol’s Family Youngest Son’

Tak sabarnya nak tunggu drama baharu Song Joong-ki keluar!

“Chaebol’s Family Youngest Son” membawa kisah seorang setiausaha kepada keluarga kaya, yang dilahirkan semula sebagai anak lelaki bongsu dalam keluarga tersebut. Song Joong-ki akan membawa watak Yoon Hyun-woo, seorang pemuda yang mati dibunuh selepas dituduh menggelapkan wang keluarga Kumpulan Sunyang meskipun dia setia berkhidmat dengan mereka. Dia kemudiannya dilahirkan semula sebagai anak bongsu keluarga berkenaan dan bekerja keras untuk mengambil alih syarikat tersebut untuk membalas dendam.

Chaebol’s Family Youngest Son

Terbaru, Song Joong-ki dilihat menjalani penggambaran drama tersebut dengan penampilannya yang menarik perhatian. Memandangkan drama ini berlatarkan tempoh 1987 hingga 2002, para pelakon juga mempunyai gaya-gaya lama. Dalam foto itu, Song Joong-ki memakai pakaian asas, dengan topi besbol dan cermin mata. Nampaknya wataknya adalah seorang yang rendah diri dengan identiti baharunya, jadi dia tidak kelihatan seperti anak lelaki keluarga kaya.

“Chaebol’s Family Youngest Son” telah dijadualkan untuk tayangan pada tahun ini di JTBC. Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...