Shin Hyunbin Sah Jadi Gandingan Song Joongki Dalam Drama ‘Chaebol Family’s Youngest Son’

shin hyunbin song joongki

Setelah lama menanti, akhirnya pasangan Song Joong-ki dalam drama “Chaebol Family’s Youngest Son” sudah pun disahkan kini.

Ianya membawa kisah seorang setiausaha keluarga kaya yang dilahirkan semula sebagai anak lelaki bongsu keluarga tersebut.

Terbaru, Shin Hyun-bin dilaporkan bakal melakonkan watak Seo Min-young, seorang pendakwa raya di jabatan anti-rasuah yang sanggup melanggar undang-undang bagi menegakkan keadilan. Dipanggil sebagai ‘malaikat maut’ oleh keluarga Kumpulan Sunyang, wanita itu menjejaki kerja haram keluarga berkenaan dalam warisan pusaka berkenaan dan tanpa sengaja terlibat sama dengan Jin Do-joon. Terperangkap dalam perlumbaan mengejar satu sama lain, kedua mereka bakal menjalinkan hubungan yang tipis di antara cinta dan benci.jtbc chaebol family's youngest sonSong Joong-ki akan membawa watak Yoon Hyun-woo, seorang pemuda yang mati selepas dituduh menggelapkan wang oleh keluarga Kumpulan Sunyang meskipun dia setia berkhidmat dengan mereka. Dia kemudiannya dilahirkan semula sebagai anak bongsu keluarga berkenaan, Jin Do-joon dan bekerja keras untuk mengambil alih syarikat tersebut untuk membalas dendam.

Menurut JTBC, “Chaebol Family’s Youngest Son” akan bersiaran pada tahun 2022.

Anda teruja tak nak tengok gandingan mereka?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Leave a Reply