Sukar untuk dibayangkan uji bakat mana-mana idola K-Pop tidak diterima oleh agensi tetapi, ini adalah realiti serta cabaran untuk menjadi idola yang disayangi ramai.
Bagi 4 idola ini, walaupun pernah ditolak ketika uji bakat, mereka tidak pernah berputus asa dan sekarang sudah berjaya menjadi idola popular.
IU
IU mempunyai permulaan yang agak sukar untuk memulakan kerjayanya sebagai selebriti Korea. Dia mencuba beberapa kali di JYP Entertainment serta beberapa agensi lain tetapi ditolak setiap kali menyertai uji bakat. Akhirnya, bakat IU disedari oleh Loen Entertainment dan dia diterima oleh syarikat itu untuk memulakan kerjayanya sebagai artis solo pada tahun 2008. Agensi-agensi lain itu mungkin menyesal melihat prestasi IU sekarang.
Park Bom
Park Bom secara realitinya terpaksa mengikuti uji bakat sebanyak tiga kali untuk YG Entertainment sebelum dia diterima. Selain itu, dia juga pernah mencuba uji bakat untuk SM Entertainment tetapi malangnya usaha Park Bom ditolak. Namun dia akhirnya berjaya mencipta nama besar bersama dengan ahli kumpulan 2NE1 yang lain dan sekarang menjadi antara artis wanita yang popular.
JHope
Sebenarnya agak sukar bagi ARMY untuk membayangkan BTS tanpa J-Hope. Hal ini kerana, dia pada asalnya mencuba untuk berada di bawah naungan JYP Entertainment pada tahun 2009, tetapi dia tidak diterima. Namun, dia terus bekerja keras dan berjaya menandatangani kontrak dengan Big Hit Entertainment pada tahun 2010 sebagai salah seorang ahli kumpulan popular BTS. Sekarang korang boleh nampak seluruh dunia mengenali J-Hope!
Zelo
Zelo mencuba di pelbagai agensi tetapi tidak pernah benar-benar berjaya. Alasan utama dia ditolak kerana banyak syarikat menganggap dia terlalu muda. Namun, TS Entertainment tidak nampak itu ialah satu masalah malah, sangat yakin dengan Zelo untuk memulakan kerjayanya sebagai idola K-Pop pada usia 15 tahun bersama dengan B.A.P.
Usaha tangga kejayaan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.