Ikuti Kami:

Punyai Bakat Luar Biasa, Ini Antara 5 Idola K-Pop Hampir Debut Bersama Kumpulan Lain

Punyai Bakat Luar Biasa, Ini Antara 5 Idola K-Pop Hampir Debut Bersama Kumpulan Lain

Siapa sangka ada beberapa idola K-Pop yang sepatutnya debut bersama kumpulan lain.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 idola K-Pop yang ada potensi untuk debut bersama kumpulan lain sebelum bersama kumpulan yang sekarang.

Jisoo (Red Velvet)

idola patut debut di kumpulan lain

Jisoo sekarang sangat popular bersama kumpulan BLACKPINK dan telah membawanya ke pentas dunia. Tetapi, pada awalnya Jisoo sepatutnya debut bersama kumpulan Red Velvet. Semasa dia menjalani latihan di YG Entertainment untuk debut dengan BLACKPINK, dia sebenarnya telah diintai oleh SM Entertainment semasa menghadiri konsert dengan syarikatnya. Dia berkata bahawa jika dia belum menjadi pelatih, dia mungkin telah menerima tawaran itu dan berakhir bersama kumpulan gadis Red Velvet.

JHope (GOT7) 

idola patut debut di kumpulan lain

J-Hope mungkin akan bersama dengan kumpulan lelaki GOT7 jika tidak dilamar oleh Big Hit Entertainment dari awal. Artis lelaki ini sangat berbakat kerana dia bukan sahaja boleh menyanyi dan menari, dia juga boleh menyanyi rap. J-Hope dikatakan mengikuti uji bakat untuk menjadi pelatih di JYP Entertainment dengan menunjukkan kemahiran menarinya. Akan tetapi syarikat itu menolaknya untuk berada di bawah JYP Entertainment.

Taemin (EXO)

idola patut debut di kumpulan lain

Taemin ialah penari utama SHINee yang sangat berbakat, sub-vokalis dan maknae bagi kumpulan itu. Sebagai ahli termuda SHINee, dia mempunyai rasa gugup dan gementar untuk memulakan debutnya dengan konsep ‘teman lelaki yang lebih muda’. Malah pernah menyatakan bahawa dia memberitahu, mungkin berbeza jika dia debut dengan EXO kerana umur ahli yang lebih kurang.

Shownu (GOT7)

idola patut debut di kumpulan lain

Shownu merupakan ketua kumpulan Monsta X selain daripada penari utama dan penyanyi utama untuk kumpulan itu. Sama seperti J-Hope, Shownu mungkin akan memulakan debutnya bersama dengan kumpulan GOT7. Sebelum menyertai Starship Entertainment, Shownu pernah menjadi pelatih di bawah JYP Entertainment serta berlatih bersama ahli GOT7 semasa berada di sana. Dia akhirnya meninggalkan syarikat itu kerana ketidakhadirannya semasa latihan, tetapi dia masih rapat dengan ahli GOT7 sehingga hari ini.

Jin (EXO)

idola patut debut di kumpulan lain

Jin ialah seorang lagi ahli BTS yang mungkin berakhir bersama kumpulan lain. Dia juga boleh menjadi salah seorang ahli EXO, kerana seorang pengurus dari SM Entertainment pernah mendekatinya semasa dia di sekolah menengah. Tetapi Jin merasakan ianya satu penipuan, dan tidak menerima tawaran itu. Tetapi jika jika dia tahu itu bukan satu penipuan, dia mungkin berada dalam kumpulan lelaki generasi ketiga yang popular!

Semua pun dah berjaya dengan kumpulan masing-masing.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...