Ikuti Kami:

Tak Popular Bak Naskhah Netflix Lain, Kenapa ‘Glitch’ Gagal Tarik Perhatian Penonton?

Tak Popular Bak Naskhah Netflix Lain, Kenapa ‘Glitch’ Gagal Tarik Perhatian Penonton?

Adakah Netflix silap mempertaruhkan drama fantasi “Glitch” di laman penstrimannya?

“Glitch” membawa kisah seorang wanita yang bekerjasama dengan seorang pencinta UFO untuk menyelongkar misteri di sebalik kehilangan teman lelakinya sebelum memasuki dunia pelik makhluk asing.

Sudah pun seminggu ke udara namun siri 10 episod itu gagal meniti di bibir penonton K-Drama sehingga kini. Disangka lambat untuk memanaskan enjin tetapi drama berkenaan terus mendapat respon ‘suam’ sahaja.

netflix glitch

Bahkan “Glitch” hanya tersenarai tinggi di ranking Top 10 negara Vietnam, Korea Selatan dan Jepun sahaja kini meskipun rakan K-Drama lain iaitu “Little Women” dan “Young Lady & Gentleman” dilihat duduk selesa dalam senarai populariti Netflix Global kini.

Lebih menggusarkan apabila siri lakonan Jeon Yeo-bin dan Nana (Im Jin-ah) itu hanya mendapat rating sebanyak 6.0 dari 10 sahaja di laman reviu filem IMDB. Platform popular iaitu Rotten Tomatoes juga dilihat tidak menyenaraikan naskhah itu di laman mereka.

Menurut komen penonton, “Glitch” mempunyai plot yang mengasyikkan mengenai dunia tidak dipercayai manusia iaitu kemunculan makhluk asing dan bagaimana ia mampu menguasai kehidupan seseorang jika dibiarkan melarat. Tak cukup dengan itu, kedua-dua watak utama memaparkan kuasa wanita yang hebat tanpa bantuan lelaki menjadikan premis ini antara yang unik dalam arena perfileman kini.

netflix glitch

Pun begitu, rentak penceritaan yang lambat dan terlalu memberi fokus terhadap kehidupan membosankan Hong Ji-hyo (Jeon Yeo-bin) membuatkan ramai yang memilih untuk berhenti menonton setakat episod ketiga sahaja. Bahkan plot mengenai ajaran sesat yang diselitkan gagal menangkap perhatian semua dek kekurangan latar belakang yang lanjut mengenainya.

Mendengarkan respon negatif dan positif, apa respon korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...