Ikuti Kami:

Dua Wanita Dengan Makhluk Asing, ‘Glitch’ Lakonan Jeon Yeobeen Tayang Di Netflix Oktober Ini

Dua Wanita Dengan Makhluk Asing, ‘Glitch’ Lakonan Jeon Yeobeen Tayang Di Netflix Oktober Ini

Siap sedia semua untuk siri Korea baru di Netflix!

Pada 2 Ogos, Netflix Korea telah melancarkan poster pertama untuk drama “Glitch” akan datang, yang dibintangi Jeon Yeo-been dan Nana.

Untuk pengetahuan, “Glitch” mengisahkan tentang dua wanita, Ji-hyo dan Bo-ra. Ji-hyo ialah seorang wanita yang boleh melihat makhluk asing, manakala Bo-ra ialah wanita yang mengejar makhluk asing sepanjang hidupnya. Suatu hari, teman lelaki Ji-hyo hilang dari muka bumi dan mereka berdua bekerjasama untuk menyelesaikan misteri itu.

Tambahan, siri ini ditulis oleh Jin Han-sae dari “Extracurricular” dan diarahkan oleh Noh Deok dari “Temperature of Love”. Drama ini dijangka akan menyampaikan jalan cerita baru yang mengejutkan kepada penonton.

Jangan lupa nantikan “Glitch” bakal menemui penonton pada 7 Oktober ini di Netflix!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...