Ikuti Kami:

Berlatarkan 1900-an, Park Jungmin & Jeon Yeobeen Dilamar Sertai Hyunbin Dalam Filem Aksi ‘Harbin’

Berlatarkan 1900-an, Park Jungmin & Jeon Yeobeen Dilamar Sertai Hyunbin Dalam Filem Aksi ‘Harbin’

Park Jung-min dan Jeon Yeo-been telah menerima tawaran untuk membintangi filem aksi “Harbin”.

Pada 12 April, Park Jung-min dan Jeon Yeo-been dilaporkan akan menyertai Hyunbin dalam filem “Harbin”. Sebagai tindak balas, agensi bagi kedua pelakon tersebut memberi respon,

Kami sedang mempertimbangkan secara positif filem ‘Harbin’.

Bagi yang belum tahu, “Harbin” ialah filem arahan Woo Min-ho, yang berlatarkan Harbin pada awal 1900-an. Ia merupakan karya agung tindakan pengintip yang mengisahkan pejuang kemerdekaan yang mempertaruhkan nyawa mereka untuk menuntut semula tanah air mereka.

Sebelum ini, Hyunbin telah mengesahkan penampilannya dalam filem ini, di mana dia merancang untuk melakukan persembahan emosi dan aksi yang kompleks, seperti kesunyian mereka yang hidup dalam era di mana negara mereka telah hilang.

park jungmin jeon yeobeen hyunbin

Sementara itu, watak yang ditawarkan buat Park Jung-min dan Jeon Yeo-been masih belum disahkan, tetapi hakikat bahawa dua pelakon muda ini akan muncul dalam karya yang sama dengan Hyubin, telah berjaya meningkatkan jangkaan penonton.

Sama-sama kita nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...