Peminat Jessi semestinya sudah tahu bahawa wanita tersebut sentiasa menyuarakan apa sahaja yang terbuku di hatinya.
Dalam temubual bersama podcast ‘Dumb With Fun’, dia telah berkongsi dengan lebih lanjut mengenai hal peribadinya.
Apabila ditanya jika Jessi mempunyai pelan untuk menjalani photoshoot bogel, penyanyi itu menolak dan mengatakan bahawa dia tak selesa dengan perkara sebegitu malah pernah menolak untuk merakam foto sedemikian untuk majalah provokatif di Korea sebelum ini.
Akuinya,
Saya bahkan tak pernah hantar gambar sebegitu kepada teman lelaki.
Pun begitu, dia mungkin akan berubah fikiran apabila sudah lebih tua dan melakukan photoshoot tak berbaju untuk simpanan sendiri sahaja.
Awak tak akan tahu.
Malah penyanyi rap tersebut mengakui bahawa dia seorang yang pemalu.l namun ramai tidak mengetahuinya.
Pandailah Jessi kan..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.