Ikuti Kami:

“Saya Hamil 5 Bulan & Tak Tahu Siapa Ayahnya..” – Jessi Buat Pengakuan Mengejut?

“Saya Hamil 5 Bulan & Tak Tahu Siapa Ayahnya..” – Jessi Buat Pengakuan Mengejut?

Sebut sahaja nama Jessi, semestinya semua terbayang penampilan seksinya di luar dan atas persembahan.

Pun begitu, wanita itu sepertinya sudah lelah dengan imej berkenaan dan berhasrat untuk lebih bersederhana kini. Kongsinya menerusi podcast ‘Dumb With Fun’,

Dari zaman ‘Unpretty Rapstar’, saya dikenali sebagai seorang yang tak kisahkan apa-apa. Tapi sekarang, saya cuba berkelakuan tidak melebihi batas. Saya tak akan pakai sesuatu yang keterlaluan, atau kurang.

Apabila ditanya jika Jessi mempunyai pelan untuk menjalani photoshoot bogel, penyanyi itu menolak dan mengatakan bahawa dia tak selesa dengan perkara sebegitu malah pernah menolak untuk merakam foto sedemikian untuk majalah provokatif di Korea sebelum ini.

Saya bahkan tak pernah hantar gambar sebegitu kepada teman lelaki.

jessi

Hos itu kemudiannya menyoal sekiranya Jessi malu dengan sesetengah perkara,

Saya seorang yang sangat pemalu.

Jawab Jessi apa yang mahu dicapainya dalam 5 tahun ini,

Dua hari lalu, saya bermimpi yang saya mengandung 5 bulan dan saya tak tahu pun siapa ayahnya. Walaupun saya tak tahu, tapi saya tak kisah langsung. Saya hanya mahukan bayi itu. Bahkan orang lain bertanya siapa ayah anak tersebut, saya hanya membalas di dalam mimpi itu ‘Saya tak tahu dan saya rasa saya tak buat seks pun’. Dalam mimpi itu, saya hanya memegang perut dan berasa sangat gembira.

jessi

Jelas wanita itu lagi, dia sangat sayangkan anak-anak buahnya dan meneruskan hidup ini kerana mereka,

Saya berharap dalam tempoh 5 tahun ini, saya mahu menjadi seorang ibu.

Semoga impian Jessi tercapai!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...