Ikuti Kami:

“Pertama Kali Saya Buat Persembahan B*gel” – Jessi

“Pertama Kali Saya Buat Persembahan B*gel” – Jessi

Siapa yang kenali Jessi, pastinya tahu bahawa penyanyi solo itu merupakan seorang yang terbuka mengenai kehidupannya.

Dalam podcast bersama ‘Dumb With Fun’, wanita tersebut bercerita mengenai pelbagai kisah peribadi termasuklah tentang kerjayanya.

Salah satu yang dibualkan mereka ialah mengenai standard ‘keseksian’ yang agak kurang dibincangkan atau ditonjolkan di Korea. Menurut Jessi, dia adalah antara yang memecahkan tembok itu menerusi persembahan yang tular pada 2018 semasa satu Festival Waterbomb,

Saya merupakan orang pertama memakai bikini, malah Jay Park pun pakai singlet ketika membuat persembahan. Itu pertama kali saya buat persembahan bogel.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JESSI (@jessicah_o)

Jelas Jessi, walaupun ada yang mengecam awalnya namun ianya diiringi komen positif yang mengatakan dia ‘mengubah standard’.

Ceritanya,

Saya tahu saya memakai bra dan seluar dalam halus tapi tak sangka mereka akan menyembur air yang banyak ke arah saya. Sebab itu, baju jaring saya memberat dan lubang di antaranya semakin membesar. Sebab itu, awak boleh nampak punggung saya.

jessi

Walau bagaimanapun, Jessi menjelaskan bahawa cuba bergaya lebih sopan kini.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...