Selepas keluar dari YG Entertainment, kesemua ahli BLACKPINK nampaknya lebih bebas untuk melakukan aktiviti solo mereka.
Baru-baru ini, Rosé telah mengeluarkan lagu kolaborasinya bersama Bruno Mars “APT.”, yang juga merupakan salah satu lagu dalam albumnya akan datang “Rosie”.
Bagi yang belum tahu, album itu bakal dikeluarkan pada Disember nanti serta akan mempunyai sejumlah 12 lagu.
Dalam satu temu bual, Rosé ditanya sekiranya dia sudah mempunyai rancangan untuk apa yang dia akan lakukan di atas pentas nanti. Jawab wanita itu,
Sejurjunya, kerana saya tak pernah mempunyai 12 lagu dalam hidup saya sebelum ini, saya hanya ada 2, saya harus menghayatinya sedikit.
Mendengar respon penyanyi itu, ramai menebak bahawa dia sepertinya memerli YG Entertainment yang hanya membenarkannya untuk mengeluarkan 2 lagu solo, iaitu “On the Ground” dan “Gone”.
Bukan sahaja Rosé, malahan, peminat percaya bahawa Jennie, Ji-soo dan Lisa juga tidak mempunyai banyak peluang untuk aktiviti individu mereka, disebabkan itu, memilih untuk membuka agensi sendiri.