Ikuti Kami:

“Selama 7 Tahun Saya..” – Jennie BP Dedah Dihalang Oleh YG Untuk Bebas Lakukan Aktiviti Solo?

“Selama 7 Tahun Saya..” – Jennie BP Dedah Dihalang Oleh YG Untuk Bebas Lakukan Aktiviti Solo?

Sudah lebih 7 tahun bersama BLACKPINK, Jennie pastinya ingin mencabar dirinya untuk melakukan sesuatu yang baru.

Baru-baru ini, Jennie telah muncul sebagai tetamu dalam program Yoo Jae-suk di YouTube iaitu “Pinggyego”, di mana idola itu ada berkongsi mengenai rancangan untuk aktiviti solonya pada masa akan datang.

Ulasnya,

Selama tujuh tahun, saya memberi tumpuan terutamanya kepada aktivti berkumpulan. Saya akan terus membuat promosi sebagai BLACKPINK namun, saya perlu mencari gaya muzik saya sendiri dengan melakukan aktiviti individu.

Tambah penyanyi “You & Me” itu lagi,

Kini, saya banyak fikir tentang cara untuk mengimbangi antara imej yang peminat dan orang ramai mahukan, serta perkara yang saya mahu cuba dalam 7 tahun lalu yang saya tidak dapat lakukan.

jennie blackpink

Selepas mendengar pendedahan itu, ramai peminat membuat dakwaan bahawa YG Entertainment telah menghalang wanita itu untuk bebas melakukan aktiviti solonya selama ini.

Namun, selepas membuka agensinya sendiri iaitu ODD ATELIER, ramai yang semakin teruja untuk melihat sisi baru Jennie sebagai artis solo.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...