Ikuti Kami:

Tak Perlu Pergi Jauh, Ini Restoran Makanan Korea WAJIB Singgah Sekitar Lembah Klang

Tak Perlu Pergi Jauh, Ini Restoran Makanan Korea WAJIB Singgah Sekitar Lembah Klang

Mesti korang pernah menonton adegan K-Drama di mana mereka makan makanan Korea dengan cara yang begitu menggiurkan sehingga membuatkan korang teringin nak cuba kan?

Korang tidak perlu pergi ke Korea semata untuk makan makanan mereka kerana di sekitar Lembah Klang juga ada restoran yang menyajikan makanan Korea yang sedap.

Gangnam Station 

Gangnam Station Shah Alam

Restoran Korea halal ini adalah tempat yang sering menjadi tumpuan bagi penggemar bulgogi. Daging bulgogi yang ditawarkan oleh Gangnam Station sangat lazat dan berkualiti. Selain itu, saiz hidangan yang disajikan juga sangat besar dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Selain bulgogi, pelbagai hidangan Korea lain turut disajikan kepada pelanggan, seperti kimchi jigae dan ayam bakar yang mempunyai keunikannya tersendiri.

Lokasi: No G45, Block 6, Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Papafry

Papafry Lalaport

Antara yang menjadi pilihan ialah Papafry yang terletak di Lalaport. Bagi sesiapa yang tidak suka tempat yang ramai orang, korang boleh cuba menikmati makanan Korea di sini. Menu kegemaran ramai ialah spicy and garlic fried chicken, mereka menyediakan makanan panas-panas. Korang pesan dahulu dan baru pekerja di sana goreng ayam menjadikan masakan itu fresh dari dapur.

Lokasi: LG1-FH-44, Mitsui Shopping Park Lalaport KL @ BBCC 2, Jalan Hang Tuah Bukit Bintang, City Centre, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Godubab

Godubab PJ

Pelbagai jenis makanan yang disediakan di sini. Pemilik Godubab merupakan orang Korea dan makanan yang disajikan dijamin halal jadi korang tidak perlu risau. Elakkan datang semasa waktu makan tengah hari pada hari bekerja kerana korang mungkin kena menunggu lama. Saiz hidangan sangat banyak dan mengenyangkan.

Lokasi: 100-P2.045,Block J, The School, Jaya One No.72A, Jalan Universiti Godubab Cafe Jayaone mall, P2, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Taeyang Island

Taeyang Island

Terletak agak jauh dari bandar Kuala Lumpur, tetapi semua jeni makanan yang ada pastinya tidak akan buat korang menyesal. Bibimbap di sini sangat sedap dan saiznya cukup untuk membuat semua yang kenyang. Korang disyorkan untuk bawa keluarga makan di sini kerana makanannya sangat kena dengan tekak rakyat Malaysia. Harga berpatutan dan parking pun senang.

Lokasi: P3-17 Shaftsbury Square, Persiaran Multimedia, Cyber 6, 63000 Cyberjaya, Selangor

Koryo-won 

Koryo-won

Koryo-Won menawarkan masakan barbeku asap terbaik dan pelbagai makanan Korea asli, yang disajikan  segar dan disediakan mengikut cita rasa hidangan yang berbeza. Koryo-won mempunyai banyak cawangan di sekitar Kuala Lumpur, jadi korang boleh sahaja menggunakan aplikasi waze dan pilih lokasi yang terdekat dengan rumah.

Lokasi: Level 4, Shop 418 Suria Klcc, Persiaran Petronas, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Tak sabar nak mencuba.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...