Ikuti Kami:

Nikmati Ayam Goreng Korea Ranggup Dan ‘Juicy’ Di 8 Kedai Ini, Sekali Cuba Pasti Nak Lagi!

Nikmati Ayam Goreng Korea Ranggup Dan ‘Juicy’ Di 8 Kedai Ini, Sekali Cuba Pasti Nak Lagi!

Adakah korang penggemar ayam goreng Korea? Untuk kali ini KimchiDaily nak kongsikan antara 8 restoran ayam goreng Korea yang ada di Malaysia.

Bagi yang suka makan ayam goreng bersama dengan nasi, korang jangan risau sebab hampir kesemua restoran ini menyediakan nasi.

BHC Chicken 

Mesti korang pernah nampak restoran BHC Chicken ini dalam beberapa K-Drama. Sekarang korang dah boleh rasa sendiri kesedapan ayam goreng asli dari Korea itu. Ayam yang rangup di luar dan sangat juicy di dalam boleh membuatkan korang tidak boleh melupakan rasanya.

Nanda Chicken 

Nanda Chicken terkenal dengan ayam goreng yang dihidangkan bersama keju yang melimpah ruah. Nanda Chicken menyediakan ayam tanpa tulang dengan keju mozzarella serta korang boleh pilih tahap kepedasan ayam mengikut citarasa masing-masing.

Jjinja Chicken 

Ada pelbagai jenis perasa ayam yang boleh korang di Jjinja Chicken pilih antaranya soy garlic, berempah dan pedas. Wah! Pasti menjilat jari kalau makan ayam goreng di sini. Harganya juga sangat murah dan berbaloi dengan makanan yang disediakan.

Choo Choo Chicken 

Choo Choo Chicken mula masuki pasaran Malaysia pada tahun 2015, resepi ayam goreng mereka sangat sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia. Selain daripada ayam goreng, restoran ini ada menu burger yang pasti akan mengenyangkan perut korang.

Nene Chicken

Nene Chicken sangat digemari oleh orang Korea kerana keranggupan ayam goreng yang disalut dengan sos pedas manis. Restoran ini sangat disyorkan kerana ayamnya tidak terlalu berminyak dan isinya senang terpisah dengan tulang.

Seoul Chicken   

Ayam goreng yang disediakan oleh Seoul Chicken sangat rangup dan pedas. Ianya penuh dengan rasa yang unik serta mempunyai pelbagai perisa.

Chicken Plus 

Ini antara restoran Korea yang popular di Malaysia. Ayam goreng Chicken Plus ini mendapat rating tinggi daripada pelanggan. Untuk makluman, restoran ini berstatus mesra muslim kerana telah mendapat sijil halal daripada JAKIM

Bb.q Chicken 

Pelbagai jenis perisa ayam yang dihidangkan di Bb.q Chicken. Bagi peminat ayam goreng, korang boleh cuba menu paling popular di sini iaitu golden original, honey garlic dan soy garlic. 

Semua restoran ini telah mendapat sijil halal daripada JAKIM tau!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...