Ikuti Kami:

8 Pencuci Mulut Autentik Korea Ini Pasti Bikin Anda Terliur

8 Pencuci Mulut Autentik Korea Ini Pasti Bikin Anda Terliur

Sebut je pasal makanan Korea, korang mesti teringat makanan seperti Tteokbokki, Bimbimbap, Kimchi Jigae dan macam-macam lagi. Sebenarnya ada banyak je makanan Korea yang korang patut tahu. Contohnya, pencuci mulut dan kudapan Korea.

Nak tahu lebih lanjut, jom KimchiDaily kongsikan untuk korang 8 jenis pencuci mulut dan kudapan yang boleh dicuba ketika berada di Korea.

1. Yakgwa 

Yakgwa

Korang pernah dengar tak, pencuci mulut yang boleh dijadikan ubat? Ha, sebenarnya Yakgwa ini merupakan pencuci mulut tradisional di Korea. Untuk pengetahuan korang, Yakgwa ini mempunyai maksudnya yang tersendiri. Yak membawa maksud ubat dan Gwa bermaksud manisan. Maka, terjadilah nama Yakgwa yang membawa maksud iaitu ubat manisan.

Yakgwa ini diperbuat dari tepung gandum, minyak bijan, minyak masak, serbuk kayu manis, garam, gula dan sedikit lada. Bila Yakgwa ini siap dimasak, mereka akan siramkan Yakgwa ini dengan madu untuk dijadikan sebagai perasa yang manis.

Kreatif bukan rakyat Korea jadikan pencuci mulut sebagai ubat pada zaman dahulu?

2. Songpyeon

songpyeon

Songpyeon ini merupakan kuih tradisional yang hanya dijumpai ketika musim perayaan di Korea. Kuih ini diperbuat dari tepung pulut dan intinya ada 2 jenis perisa seperti pes kacang merah dan kacang berangan.

Maklumat untuk korang, kuih ini berbentuk separuh bulan dan warnanya yang popular adalah kuning, putih, hijau dan juga ungu.

Ha, korang mesti rasa macam nak makan kan?

3. Patbingsoo

Patbingsoo

Patbingsoo ini adalah ais yang dikisar halus dan disajikan dengan kacang merah dan juga kek nasi lembut pada asalnya.

Kini, Patbingsoo boleh didapati dengan pelbagai perisa dan variasi topping menarik yang menjadi perhatian semua.

Bayangkan tengah panas di Korea, lepas tu korang makan patbingsoo memang sejuk!

4. Hotteok

Hotteok

Kalau korang tengok “Youn’s Kitchen” musim ke-2 yang dibintangi oleh Park Seo-Joon, korang mesti ingat satu pencuci mulut seperti mini pancake. Untuk pengetahuan korang, nama makanan tersebut ialah Hotteok.

Hotteok ini diperbuat dari adunan tepung gandum, air, susu, gula dan ragi. Untuk intinya pula, ada gula merah, madu, kacang dan serbuk kayu manis.

Selain itu, pencuci mulut ini juga enak dimakan ketika ianya masih lagi panas. Ini kerana, korang akan terasa kemanisan inti di dalamnya.

5. Bungeo Bbang (Roti Berbentuk Ikan)

Boong uh Bbang

Untuk maklumat korang, Bungeo Bbang ini merupakan pencuci mulut yang sangat popular dalam kalangan rakyat Korea.

Pencuci mulut ini berbentuk ikan emas dan mempunyai pelbagai jenis inti seperti pes kacang merah, coklet, kastard, mentega kacang dan banyak lagi. Korang boleh dapatkan pencuci mulut ini di gerai jalanan dan boleh menikmatinya ketika cuaca sejuk.

Mesti korang teringin kan nak rasa Bungeo Bbang?

6. Injeolmi

Injeolmi

Injeolmi ini merupakan salah satu variasi dari kek beras korea. Pencuci mulut ini disajikan dengan saiz yang kecil dan disaluti dengan serbuk kacang kering.

Untuk pengetahuan korang, Injeolmi ini merupakan pencuci mulut yang famous dan hanya dibuat pada majlis khas sahaja. Contohnya ketika majlis perkahwinan, di mana pencuci mulut ini diberikan kepada pengantin sebagai tanda kekal sehingga ke akhir hayat.

7. Roti Gyeongju

Gyeongju Bbang

Roti Gyeongju ini kelihatan seperti kuih bulan. Ianya berbentuk bunga dan initinya adalah pes kacang merah.

Siapa sangka, sebenarnya kuih ini wujud pada sekitar tahun 1939 dan tempat asal Roti Gyeongju ini terletak di bandar pantai tenggara Gyeongju.

8. Hoppang

Hoppang

Hoppang ini merupakan makanan yang kebiasaannya dijumpai ketika musim sejuk. Ianya dihasilkan dari tepung gandum yang dimasak dahulu atau bebola beras.

Untuk intinya pula, ada pelbagai variasi seperti pes kacang merah, sayur-sayuran, piza, kari dan banyak lagi.

Cara untuk memasak makanan ini selalunya dikukus dan sentiasa dipanaskan untuk mengekalkan keenakan. Hoppang ini juga dijual di pasar makanan yang kecil atau di kedai serbaneka pada musim sejuk.

Nampak sedapkan pencuci mulut tradisional Korea. Lepas ni, korang boleh la cuba!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...