Ikuti Kami:

Berangan Seperti Dalam K-Drama, Ini 8 Lokasi WAJIB Dilawati Di Korea

Berangan Seperti Dalam K-Drama, Ini 8 Lokasi WAJIB Dilawati Di Korea

Siapa di sini peminat drama Korea yang ingin bercuti di Korea, pastinya korang teringin merasai pengalaman berada di kawasan itu kan?

Jom, KimchiDaily nak kongsi 8 lokasi K-Drama yang wajib korang lawat!

1. Plaza Sewoon

Vincenzo

Sebut je pasal Plaza Geumga mesti korang teringat drama yang famous “Vincenzo” lakonan Song Joong-ki kan?

Dalam drama itu, Plaza Geumga merupakan Plaza Sewoon yang terletak berdekatan dengan Stesen Jongno 3-ga di Seoul. Jadi, korang jangan la pening tau kenapa nama Plaza Geumga ini berbeza dengan nama sebenarnya kerana ia hanyalah rekaan semata.

Untuk pengetahuan korang, plaza ini merupakan pusat beli-belah yang popular suatu ketika dulu dan masih lagi ada beberapa restoran yang beroperasi seperti biasa.

Nampak klasik kan plaza ini? Lepas ini, korang boleh la nak feels macam mafia, pakai baju hitam giteww.

2. Cheongjin 3 (sam)-ri Fishermen Welfare Center 

Hometown Cha Cha Cha

Korang ingat tak Klinik Gigi Dr. Yoon dalam drama “Hometown Cha-Cha-Cha”? Ha, klinik inilah yang jadi tumpuan para pelancong. Disebabkan drama tersebut, klinik ini telah mendapat sambutan yang luar biasa dan menjadi tumpuan para pelancong luar.

Nama sebenar bagi klinik gigi ini adalah Klinik Green Dental dan lokasinya berhadapan dengan pelabuhan nelayan. Di situlah, Hong Du-sik selalu berjumpa dengan Yoon Hye-jin. Jadi, korang boleh la layan pemandangan tempat tersebut dan boleh feeling dalam drama “Hometown Cha-Cha-Cha”!

3. Pocheon Art Valley 

scarlet Heart Ryeo

Dengan pemandangan yang cantik seperti zaman Joseon dalam drama Korea, lokasi ini mampu membuatkan pelancong terpegun dengan keindahannya tersendiri.

Lebih mengujakan apabila kawasan ini telah diiktiraf sebagai ruang kesenian dan kebudayaan di Korea disebabkan pemandangannya yang tenang dan cantik.

Selain itu, tempat ini juga merupakan lokasi penggambaran bagi drama “Scarlet Heart Ryeo”, di mana watak Hae-soo (IU) menyelamatkan seorang budak lelaki yang hampir lemas dan secara tidak sengaja menyebabkan dia kembali ke zaman dahulu.

Korang tengok lah, cantik kan pemandangan ni?

4. Jumunjin Breakwater

Goblin

Kepada peminat drama “Goblin”, ini adalah peluang bagi korang untuk melakonkan semula babak yang viral di mana Ji Eun-tak dengan Kim Shin berjumpa di tebing laut. Untuk maklumat korang, lokasi itu dipanggil sebagai Jumunjin Breakwater yang terletak di pinggiran pantai Gangwon.

Tempat ini menjadi terkenal dan wajib untuk korang lawati tau! Boleh la nanti berangan yang korang berada dalam drama “Goblin” itu sambil tiup lilin. Mana tahu jodoh datang sama macam Kim Shin bukan?

5. Mokpo Modern History Museum 

Hotel Del Luna

Kalau sebut pasal “Hotel Del Luna”, sudah semestinya pintu masuk hotel itu dalam ingatan para peminat drama Korea. Untuk pengetahuan umum, bangunan tersebut adalah Mokpo Modern History Museum yang terletak di daerah Mokpo.

Pun begitu, hanya bahagian luar bangunan itu yang ditonjolkan sahaja sebagai tanda mercu drama “Hotel Del Luna”.

Disebabkan bangunan yang tersergam indah dengan reka bentuk dan warna yang menarik, ianya membuatkan para penggemar drama Korea teruja untuk melihatnya sendiri.

6. Noksapyeong Overpass 

Itaewon Class

Kepada peminat drama “Itaewon Class”, Noksapyeong Overpass merupakan tempat yang wajib dikunjungi bagi melihat pemandangan menara dan juga keindahan gunung Namsan. Menikmati pemandangan matahari terbenam merupakan salah satu aktiviti yang wajib untuk korang cuba kerana waktu golden hour di tempat itu akan membuatkan gambar OOTD korang nampak lebih cantik dan menarik.

Memang sesuai untuk Instagram feed gitew!

7. Garden Of Morning Calm

Love in the Moonlight

“Garden of Morning Calm” ini merupakan lokasi bagi penggambaran untuk drama “Love in the Moonlight” yang telah dilakonkan oleh Park Bo-gum. Ianya menjadi pilihan popular buat para pelancong kerana kecantikan bunga yang mempunyai pelbagai warna dan bentuk. Keindahan alam semula jadi inilah yang membuatkan ramai peminat drama Korea teruja untuk melihatnya sendiri.

8. Hantangang Sky Bridge 

What's Wrong With Secretary Kim

Ingat tak episod 7 drama “What’s Wrong with Secretary Kim” di mana Lee Young-joon dan Kim Mi-so bercerita tentang zaman kanak-kanak mereka? Ha, Jambatan Hantangang Sky inilah yang menjadi lokasi bagi babak tersebut.

Untuk maklumat korang, jambatan ini baru saja dibuka pada Mei 2018 dan ianya terletak di Pocheon. Kepada sesiapa yang suka pada ketinggian, jambatan ini mempunyai ketinggian setinggi 50 meter dari tanah dan panjangnya adalah sepanjang 200 meter. Jadi, korang boleh la nak bersiar-siar dan mengambil gambar di atas jambatan ini seperti dalam drama tersebut.

Selain drama “What’s Wrong with Secretary Kim”, jambatan ini juga merupakan lokasi bagi drama “Crash Landing on You” yang telah dilakonkan oleh pasangan suami isteri Hyunbin dan juga Son Ye-jin. Korang pun boleh la nak feeling macam dalam tersebut, mana tahu terjumpa jodoh kan!

Jadi, kalau korang nak bawa kawan-kawan, pasangan atau keluarga bercuti di Korea, bolehlah datang ke lokasi yang telah disenaraikan ini, okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...