Meskipun terima sambutan baik, namun, drama “Big Mouth” telah terpalit dengan satu isu perkauman dalam episod terbaru ini.
Pada siaran 30 Julai drama “Big Mouth”, watak Lee Jong-suk iaitu Park Chang-ho dilihat berhadapan dengan seorang penjenayah. Semasa dialog babak tersebut, Park Chang-ho bertanya kepada penjenayah itu apa yang ibunya makan selepas melahirkannya. Dialog tersebut berbunyi,
Adakah ibu awak makan sup rumpai laut selepas melahirkan awak? Saya benar-benar ingin tahu tentang apa yang dia makan untuk melahirkan seorang psiko seperti awak. Adakah dia makan Tom Yum Kung? Atau Sup Seonji?
Dialog yang disebut Park Chang-ho itu telah menyinggung ramai penonton Thailand, kerana mengaitkan Tom Yum Kong iaitu hidangan utama Thai dengan melahirkan seorang anak yang psikopat. Ia dianggap sebagai satu ketidakhormatan kepada budaya Thailand.
Antara reaksi penonton mengenai adegan tersebut:
Saya faham mengapa penonton Thai tersinggung.
Saya fikir ia bermasalah apabila saya menonton adegan itu. Adakah mereka benar-benar perlu menggunakan Tom Yum Kung?
Saya fikir ia menyinggung perasaan orang Asia Tenggara.
Setakat ini, pasukan produksi “Big Mouth” masih belum memberikan penjelasan mengenai isu tersebut.
Hmm…
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.