Ikuti Kami:

“Cara Dia Sampaikan Emosi..” – Semakin Bertambah Baik, Lakonan YoonA Dalam ‘Big Mouth’ Dipuji

“Cara Dia Sampaikan Emosi..” – Semakin Bertambah Baik, Lakonan YoonA Dalam ‘Big Mouth’ Dipuji

Mesti ramai yang tengah seronok layan drama “Big Mouth” sekarang kan?

Bagi yang belum tahu, “Big Mouth” adalah drama noir yang membawa kisah seorang peguam kelas ketiga Park Chang-ho (Lee Jong-suk), yang tanpa sengaja mengendalikan sebuah kes pembunuhan yang membuatkannya berubah menjadi penipu dipanggil ‘Big Mouse’ dalam sekelip mata sahaja. Bagi meneruskan kelangsungan hidup dan menyelamatkan keluarganya, dia perlu membongkarkan konspirasi besar dalam kalangan kelas atasan yang berpengaruh. Ianya diterajui Lee Jong-suk dan Yoon-A.

Selain lakonan Lee Jong-suk dalam drama ini yang berjaya meraih pujian ramai, watak Yoon-A sebagai seorang isteri dan jururawat Go Mi-ho, turut mendapat perhatian penonton.

big mouth yoona

Watak Yoon-A sebagai seorang isteri yang berjuang untuk menyelamatkan suaminya Park Chang-ho dari tuduhan dengan cara yang menyegarkan, memuaskan hati penonton. Nampaknya, idola dan pelakon itu telah mengembangkan spektrum lakonannya dan mencipta sisi baharu melalui drama “Big Mouth” ini.

Antara komen yang ditulis penonton mengenai lakonan Yoon-A:

Lakonan Yoon-A memang makin bertambah baik dalam drama ini.

 

Saya suka betapa baiknya Yoon-A menyampaikan emosinya memainkan watak Mi-ho 😭

 

Lakonan Yoon-A terus semakin baik dan lebih baik setiap episod.

yoona big mouth

Suka sangat lakonan Yoon-A dalam “Big Mouth”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...